Aug 19, 2008

PeNiAga daN KuaSA PeMbeLi...

Jumaat 2 minggu sudah aku tercari2 gerai yg menjual buah2an tempatan sekitar Tambun, Ipoh. Buah yg menjadi target aku ialah buah manggis, memandangkan isteri aku awal2 lg sudah berpesan supaya aku membeli buah tersebut sebelum pulang ke kl. Puas aku melilau mencari di gerai2 buah yg bersepah ditepi jln memandangkan sekarang ni musim buah, namun aku hampa...takde satupun gerai yg menjual buah yg bini aku idamkan, yg banyaknya buah rambutan dan durian...

Esoknya seblm blk aku teringat sebuah gerai yg terletak berhampiran dgn ofis...''mungkin dekat sana ade kot...'' kata hatiku. Sebelum itu, aku awal2 lg tlh menggredkan gerai tersebut 'B' memandangkan gerainya yg tdk berupa gerai. Hanya berbumbung pelastik rentang, beralas tanah.

Abg peniaga tu aku rasakan ank jati Perak, memandangkan slangnya yg pekat...terdapat juga peniaga dr bangsa cina yg meniaga berhampiran dan menjual hampir sama dgn pruduk jualannya, tp aku lihat dia tdk terkesan akn hal tu...setiba aku di gerainya aku mengucapkan syukur alhamdulillah kerana selain buah durian dan rambuatan dia turut menjual buah manggis, jd tak perlulah aku bersusah lg nak mencari ditempat lain yg aku sendiri tdk tahu tempatnya...seblm blk, bni aku sempat SMS meminta aku membeli juga buah durian, lantas aku membalas SMSnya...''nak suruh syg beli kat kl ke, kat ipoh???''...''mane2lah, kan sama aje, durian jugak...'' balasnya ringkas...

Aku lantas memilih 3 biji durian yg aku minta abg peniaga tersebut tebukkan kulit utk aku lihat isi dlmnya...setelah berpuas hati, aku membayar semuanya dgn jumlah RM 19.00. RM 5.00 utk 2kg manggis dan selebihnya harga utk 3 biji durian. Dlm perjalanan pulang aku berkira2 ingin singgah di Tanjung Malim mencari durian lg, memandangkan minggu sebelumnya aku terlihat ade gerai menjual durian di tepi jln tdk jauh dr UPSI. Dlm pd itu aku terfikir sejenak, alangkah bernasib baiknya aku kerana tdk mengikut perasangka awal utk tdk ke gerai abg tu, lg pulak aku rasakan harga duriannya juga agak mahal jika dibandingkan dgn harga di Tanjung Malim yg sekitar RM 2 ke 3 sebiji , tetapi apa akn berlaku jika aku tdk membeli di gerai abg td dan bilamana aku ke Tanjung Malim, disana juga telah habis duriannya? Memandangkan aku tdk boleh mengetahui masa depan adalah lebih selamat utk aku berbelanja sedikit di Ipoh sebagai back up plan...(lg plk harga durian di Ipoh memang sekitar tu...)

Aku juga berfikir adalah bodoh sgt jika abg peniaga tu ingin menipu aku dgn menjual brg dgn harga mahal namun kualitinya rendah, kerana sudah pasti dilain masa, aku akn mempengaruhi org lain utk tdk membeli di gerainya, dan lama kelamaan perniagaannya pasti akn lingkup. Namun bila kau pulang dan menikmati durian dan manggis yg aku beli bersama keluarga, isinya tetap sama walaupun agak berbeza rasanya (tdk fresh, mungkin dah semalaman jika dibandingkan durian di Tanjung Malim) tp hakikatnya abg itu berjaya memenuhi impian kami sekeluarga. Kepelbagaian buah tempatan yg ada digerai abg tu bkn sahaja memenuhi selera aku tp juga selera bangsa2 lain yg aku lihat juga tercari2 kelainan berbanding gerai2 lain yg sediaada.

Taksalah aku mencuba dan ianya terbukti berbaloi, kalau isteri aku masih lg merungut, lain kali aku akn mencari dipasaraya pula, di sana lg bermacam jenis buah aku boleh beli....Jadi sekiranya gerai2 lain inginkan pembeli yg cerewet seperti aku bertandang di gerai mereka, maka sewajibnya mereka juga mempelbagaikan produk jualan, jgn hanya sekadar menjual rambutan tetapi bercita2 menarik pencinta durian dan manggis...kalau aku, gerai seperti itu, aku hanya pandang dr dlm kereta sambil memecut gear 10.....

20 comments:

Anonymous said...

Salam sedara helang,

Wah,teliti benor ye ko bli brg2 ni...

Mesti dpt tempias sket2 dr aura bli barang dr isteri sedara...

HEHEHEHE....

Rahimin Idris said...

aku kalau beli pun kurma je sekarang ni. sebab kurma tanam tak jadi la kat malaysia ni. yang ko sebut tadi semua ada kat dusun. ahaks!

S.YanaZ said...

ManHelang=>Rahimin,
Hahaha.
Foto baru enche' Rahimin gerekk sehhhh!

ManHelang,
Gua teringin nk mkn rambutan laa pulokkk!
:]

man_helang said...

master yoda...hah, aku tak pasti ko phm atau sengaja mencilok ke arah lain...tp sememangnya kuasa membeli di tgn kita, so gunakanlah kuasa itu sebijaknya...

min...musim kurma aku tak pasti bila, tp time posa memang bersepah kat market...dusun aku thn nih mogok la plaks...hu hu

s.yanaz...tulah td aku tgk, gerek gile, cam seniman jiwang jek gayanya...ha ha..

mkn jek cikgi, jgn dngar ckp2 org, kalau kita tak rasa sendiri mana kita tahu rambutan itu manis ke tawar, silap2 kalau dlu kita tak pernah cuba rasa rambutan leh ka kita tahu rasanya mcmmana??? kalau asyik dngar pendapat org jek, sampai bilapun kita tak bleh merasa durian, rambutan n manggis ye tak???

Unknown said...

man, apa ke hal post ko ni ayat skema sgt, penat aku membacanya huh!

Rahimin Idris said...

laaa, dan lagi komen pasal foto aku. tukar balik la! hahaha

man_helang said...

kuih...ko jgn baca luaran shj, ko cuba selami dlmannya...ko pasti paham maksud aku...

min...betoi apa si s.yanaz cakap tu...gerek...lain la muka aku nih tak komercial...

S.YanaZ said...

ManHelanggg,
iskh...iskh...muka gua ponn x komersial taww!

Ah, tetiba je...
*ahaks*

Bro.Rahimin,
jgn laa tuko foto...okeh dah tu.
:]

dzul said...

heh..kalau baik beritahu kawan..
kalau tidak beritahu kami..

melayuangkat said...

Assalamualaikum Man,

Wah!! Bersusah payah dan hati hati benar kamu carikan buah-buahan untuk isteri.

Kalau orang lain, sauk saja buah buahan tu, asalkan beli...

Sah, Kau Lelaki Melayu Terakhir!

Don Balon said...

Puyyop..
analisis kemain la nko ni man ..nak beli buah je.. hehe

Unknown said...

Isk..beruntung bini kau man..dpt laki mithali..mmg risiko beli buah durian ni bnyk cabaran..tgk mmbr org kita pon bleh kene tipu gak kt pakcik jual buah..bila tanya suma ..caantikkkk (tunjuk dua2 ibu jari gaya best dgn gaya kekuda lagi),tp bila balik bukak...cam haram jadah..trpaksa lah aku mkn gak sbb nk amik ati mmber..keh3..bila dia baca ni mst trbakar punya..hotttt...

alif-mikail said...

bro man_helang..
suspect sama bro.. erk silap prefect .. eh.. silap.. alaa.. aala..

Anonymous said...

Man,
Kesian kat ko..
Apasal tak cakap nk makan buah manggis..Kat kebun aku tu sampai dh luruh abis takda orang nk makan..Macam2 buah ada..Kalu ko cakap awal aku siap poslaju bagi kat ko lg..Kawan2 apa la sgt..
Muahaha..

man_helang said...

salam semua...nampaknya tak perlulah sy ulas semula komen anda, memandangkan apa yg sy cuba sampaikan amat terpesong dr fahaman anda atau pun sy yg kurang memahami maksud yg anda cuba sampaikan dr komen jujur anda tersebut...apapun sy ingin katakan, walauapa perlakuan yg ingin kita ambil, kita selidikilah sedalamnya, dengar pendapat org lain dan analisislah pendapat tersebut sebaiknya...jika masih tdk berpuas hati, lakukanlah apa yg anda rasa perlu anda lakukan, jgn dipedulikkan kata org, kadangkala hidup ini kita perlu utk berani mengambil risiko, barulah kita beroleh pelajaran yg berharga iaitu pengalaman hidup...

kita lihat Jepun, begitu berani mengambil risiko menyerang negara lain walaupun hakikatnya dia tahu akibat dia juga akn diserang, sehingga menjadi padang jarak padang tekukur...kita lihat pengaruh negara mereka sekarang bagaimana??? memang telah terbukti, manusia akn berusaha dgn lebih keras dan gigih bilamana ianya telah tersepit dan terhimpit...tetapi tdklah aku harapkan sampai menjadi perang pula disini, cuma aku harap kita berani mengambil risiko bg melihat adakah berbaloi atau tdk risiko yg kita ambil itu, jika tdk maka kita ubah semula dimasa hadapan, bukannya kita tak berpeluang langsung di lain masa...alat kawalan jauh masih ditangan kita, jd kita kawallah sebaiknya....wallahualam...

Fadh Rahman said...

xjadi aku nak komen bila baca penjelasan ko kat ruang komen nie...betul...aku sokong ko.

Anonymous said...

Salam sedara helang,

Steady la bro...

Aku bleh la tgkp msg ko kat artikel ni,cuma saje menyakat...

HAHAHAHA....

Klu ko singgah klang,kontek la aku..

Kot aku leh bwk makan kat Tg Harapan ke...

man_helang said...

akumasihdisini...ko bila nak update blog??? takkan cite polis jek...aku taksaba nak komen nih...ha ha

master yoda...aku tahu pembaca aku bijak2 belaka...kalau aku taruk kod pun mereka bleh paham...aku sj kasi teaser sket, tgk ade yg bleh phm tak...ha ha

aku dlu sblm kawen n sblm ade baby aku rajin g sana ngan bni aku, makan seafood kat restoran tp laut tu...apekenamanya entah, bleh tahan gak rasanya, ari tu bni aku ade ajak lg g, nantilah, bila aku senang sket aku g lah...ko kalau nak tinggal pesan apa2 ko bg email kat aku di mienie_03@yahoo.com, insyaallah kalau ade kelapangan aku kontek ko...

Denanz ... said...

man,
kalau nak lagi buah2an, pegi jer pasar borong. macam2 ada. tak kira musim. sentiasa ada buah2.

man_helang said...

denanz...pasar borong kene pegi pg2 bute...kalau dah nak tengahhari dah tak fresh dah...tinggal yg 'lembik' jek...