Aug 4, 2008

MUsiM...DAtanG LagI...

Apalah sgt klau nak dibandingkan 4 musim kat ‘menceste’ dgn kepelbagaian musim yg kita ada, jika nak diikutkan kita punyai musim yg lbh menarik dan meriah…kita tgk area bandar, kita ‘femes’dgn musim jerebu..huh! nak bukak tingkap ‘time drive’ pun tak boleh, bkn sedut udara yg segar, tp segala mcm tok nenek penyakit yg akn masuk ke paru2, mana yg naik moto tu, alamatnya sampai rumah kene sentallah muka dgn ‘fair n lovely’, kalau tak berkeraklah jawabnya…

Bg yg duduk di kg pula, musim buahlah paling dinanti. Waktu nih buah jatuh golek depan mata pun dah tak heran, kalau tak…tgk gambar buah kat paper pun dah terliur mengalahkan tgk gambar selebriti hiburan…bila sebut buah tdk dpt tdk ‘raja buah’ msti tergambar dlm pala otk aku, bleh dikatakan rugi bg sesiapa yg tdk memakan buah nih, tp tekak memasing kan??? Bkn sume bende leh masuk tekak ye tak cikgi???

Musim tengkujuh, erm…musim yg membuatkan pak2 nelayan kita termenung panjang. Namun aku difahamkan, waktu ni mereka penuhi masa terluang tdk kelaut dgn membaiki jaring atau pukat2 yg rosak. Inilah juga masanya utk membaiki kebocoran pd bot2 mereka. Bg petani2, musim kemarau paling merunsingkan. Masing2 sibuk mencongak bekalan yg ada, cukupkah…kurangkah…bertahankah sehingga musim hujan yg berikutnya. Sempatkah padi dibendang dituai??? sesuaikah sayuran disemai???

Lain pula ceritanya kalau musim banjir tiba, biasanya tampa sebarang duga, berdesup…tau2 rumah dah tenggelam. Moh la kita pakat2 ke balairaya, yg dulu2nya lembu dan kerbau je yg singgah. Masa nilah kita nak lihat org yg dulu kita bubuh pangkah kat ‘muke’ dia ade tak hulur beras segantang dua, susu secukup rasa, gula pemanis kata, garam penambah selera atau sekadar datang puas berpayung, pengawal berpuluh hurung…apa yg mereka takutkan???

Apapun aku rasa musim yg satu nih musim 'paling panas’, bahkan ‘bakal’ paling ‘kotor’. Hah! ‘time’ nilah nak carik duit lebih, paling koman pun biskut merie, tak pun megie beserta kain sarung barang sehelai dua (kain kapan tak pula nak bg…), musim yg baru lps, mertua aku seisi rumah dpt RM 200, pakat2 kumpul 1 kampung…lepas la duit belanja kenduri kalau2 ‘menang’ nanti…tp sayangnya musim yg akn dtg nih kecil aje skala nya, ‘bahangnya’ tak sampai ketempat aku pun…alhamdulillah selamat…

Aku lebih berminat nak cerita musim cuti sekolah…erm…bg cikgu n cikgi diluar sana yg tak terikat sebarang aktiviti sekolah mahupun seangkatan dgnnya, inilah peluang terbaik utk beristirehat bersama keluarga tercinta. Aku tahu tugas anda mendidik anak bangsa bukanlah tugas enteng, walaupun kadangkala dilihat terlalu mudah, namun tanggungjawab yg harus dipikul amatlah tinggi...jenerasi pemimpin masa depan terletak dlm tangan anda. Aku selalu baca, bilamana sese org pelajar itu mencapai ‘standard’ piawaian yg tinggi, dia selalu dipuji. Seringkali ditanya…apa yg dimakan? mcm mana ulangkaji? waktu dlm tandas baca buku tak? tak tidur ke? sampaikan terbit teori2 karut…’sy rebus buku nota tiap2 mlm jumaat, lepas tu minum, amalkan 1 bln seblm peksa…’ (aku gerenti bengap…) malangnya tak seorangpun bertanya siapa cikgu @ cikgi bdk2 itu? tp cuba kita lihat jika bdk tersebut gagal, secepat kilat jari2 akn menuding ke arah cikgu @ cikgi mereka…tak pandai ngajarlah, kaki tidurlah, kuat mkn lah…ahhh…mcm2 lah. Aku doakan kamu2 kaum pendidik dianugerahkan semangat waja, tabah dan penuh istiqomah dlm meneruskan perjuangan dan tanggungjawab yg dipikul…

Bila kita ckp tentang musim cuti sekolah, secara tak langsung musim kenduri kahwin turut menyusul, bg kawan2 aku diluar sana…hasri, fauzi n arin, aku doakan korang akn berbahagia selamanya, bg yg belum berkahwin aku doakan korang akn cpt bertemu jodoh…bg teman2 cyber aku pula, makcik melayu, chegu man, chegi yanaz, chegi ojie, desperado, denanz, tok harimau, azlan, azli, uxop, rahimin, dzul, ira, generasi, alif n lain2 mana yg dah berkahwin aku doakan korang berkekalan dan mana yg belum carilah pasangan anda yg anda rasa ideal utk anda. Aku percaya ‘kumbang bkn seekor, bunga bkn sekuntum…’ dan ‘patah tumbuh hilang berganti’. Pesan aku walau sehebat mana badai yg tiba atau ribut yg melanda kita semua, ianya pasti akan berlalu pergi membawa segala duka…

Buat mereka yg kadangkala tdk sependapat dgn aku, aku tegaskan disini aku tdk sesekali kata anda salah dan aku betul, apa yg aku katakan hanyalah sekadar pendapat sahaja, bg aku ‘when the water runs dry, we will see who’s swimming naked…’so kita tunggu dan lihat, mungkin telahan aku salah…anda betul atau sebaliknya…

16 comments:

Unknown said...

weiii..man helang..musim yg kau sebut tu bukan musim equinoks..tu la kau dok ipoh,mst rasa jerebu,bahang panas& musim buah tp kene beli..cuba kau mai sini skrang musim luruh bg pokok2 getah..rs mcm kt eropah tu..kabus pagi cam dok kt genting..dh la tu musim buah dpt rasa mkn free..untung dok kt kg ni..awek pon cantik2..mana tau kot dpt 1 lg kt cini..keh3..nnti kau lwt blog aku jgn lupa klik adsense tu..dpt gak aku skit duit wat antaran kawen..kih3

Cheguman said...

"ombak Laut China Selatan, adakalanya lebih simpati. Kerna mengambil diri dan melimpahkan rezki, serentak pada hidup kami"

: zubir ali & harmoni.

Ojie said...

aku setuju dgn hampir kesemua hasil coretan engkau ini..sampai satu tahap kadangkala terkena kat batang idung sendiri tp aku tau kau katakan secara umum..secara rawak dan rambang..tp kenapa aku tetap nak terasa jugak? apekah?
hahahaha..

bro, teruskan menulis..aku suka hasil tulisan kau..

alif-mikail said...

uii panjangnye.. juling-juling baca..
koi pun suka.. teruskan berkarya.. nanti koi baca ..

alif-mikail said...

Ojie..
ehem.. ehem.. ulat dah naik daunnnnnnn

Rahimin Idris said...

"musim datang lagi? apakah garis hidup di depan kita ni garis penamat? atau mungkin ia satu permulaan? kadang mungkin kita rasa kita terundur ke belakang bila bergerak ke depan. dan kehidupan nampak bagai kotak tv yang besar!"
rahimin plato - 1808

Ojie said...

alif mikail..
ulat dh naik daunnn?
apekah?
*confused lg*

min..
aku tak mau kotak tv..sebesar mana pn kotak tv itu tetap tak mampu untuk menanggung ceritera kehidupan aku..
hahaha..

man_helang said...

salam...

uxop...wei aku dah bosan dok ipoh nih, nak gak merasa suasana kg, tp jauh sgt la bro...aku dah klik dah...tak jadi apa pun...

cheguman...ko klau berfalsafah, naik pening pale aku nak menterjemahnya...

ojie...ko suke makan cili kot...hu hu...thank's...aku punya otk dah kering la skang nih..

aliff...aku ingat nak tulis pendek2 jek, pakai tulisan kod, tp takut ko tak reti baca lak...

yg ehem2 tu aku tak paham...ko jawablah ngan ojie...tp ulat bulu tu jantan ke tino??? huargh...

rahimin palto-1808...ko pun nak berfalsampah gak ker...aku rasa garisan yg didepan kita adalah 'garisan penamat utk satu permulaan...' kita kadangkala melangkah ke belakang, namun mata melihat kedepan, mana mungkin tercapai apa yg dikejarkan...

ojie lg...ko tanya aliff pasai ulat bulu tu, aku pun tak paham...

biar sebesar mana kotak tv itu tdk penting, tetapi sejauh mana durasinya utk menayangkan kisah itu adalah lebih utama...

Yana Ismail said...

Memang rugi siapa yg tak makan raja buah tu:)huhu. yana layannn je.

Alahai. Patah tumbuh hilang bganti ek:)mungkin btol!

Akar Umbi said...

Man

Aku lebih rela berkurung kat rumah dari terkena jangkitan musim......

S.YanaZ said...

Musim tido ada takkkkk?
Gua kalau dpt tido sepam dh kira alrite.
:P

Musim jerebu so far gua x tkena jangkitan jerebu lg...alhamdulillah.
Musim buah, ntah le gua tgk kat KL nih mcm2 buah dh ada dan senang dpt.Gua x mkn Raja Buah so no hal.
Musim kenduri...aa'ah adik bongsu gua coming soon.
Musim cuti sekolahhhh lakkk gua ingat gua nk berehat di bulan la kot!

man_helang said...

puteri...ko tak caya ko patahkan pokok dpan umah ko...msti tumbuh balik...jgn ko buh racun dah...

lan...duk dlm umah pun bleh kene jangkitan gak...jangkitam musim berblog...hu hu

chegi s.yanaz...musim taik mata ade, adk ko kawen???tahniah!!!apa barang beli buah...panjat a...kat umah aku banyak pokok buah...buah kelapa...hu hu

dzul said...

syahdu bila baca entri kau..
semua perenggan pn syahdu jugak..
kau buat aku teringat-ingat..
terfikir-fikir..
tertanya-tanya ke dalam diri sendiri..

aku tak tau nak komen apa..

Denanz ... said...

ada org kata, cuti sekolah adalah musim mengawan. haha.

♥~ir@~♥ said...

patah tumbuh hilang berganti,,ermm

suatu masa dulu aku pernah berharap agar yg tumbuh tk akan sama dengan yg telah patah

tapi yg tumbuh tetap sama dengan yg patah,,

dan aku telah putus harapan,,dan tak akan pernah berharap lagi

man_helang said...

zul...ko nih nak komen mende sebona eh? aku tak ngerti lah...aku tak buat cite sedih pun, cite musim jek...hu hu

denanz...aku nak tulis gak musim mengawan, tp takut ade yg terasa hati...so aku tulis lah musim kenduri...

ira...kita manusia hidup berlandaskan harapan dan harapan, sebab tu Allah suruh kita senantiasa berdoa dan berdoa tampa jemu...kan doa tu sebahagian dr pengharapan terdapat Sang Pencipta...maka teruskanlah mengharap, moga apa yg anda harapkan akan termakbul..insyaallah...