Aug 20, 2008

MaLaM JuMaaT...JuMpA MaYat...

''HA...HA...TAK TAHU...MLM NI MLM JUMAATTTTT...MLM NI JUMPAAA... MAAAYATTT...''

Itulah lagu yg sering didendang ketelinga aku waktu di sekolah menengah dulu...oleh siapa??? siapa lg kalau bkn budak2 yg jaki akn keberanian ku yg 'berkampung' di dlm hutan...namun usikan yg konsisten berpadu pula dgn suara mereka yg sememangnya huduh maka sedikit sebanyak tahap keimanan aku turut luntur...

Disebabkan itu juga, segala aktiviti petang pd hari khamis selalunya aku akn tunda ke hari lain, ataupun aku akn percepatkan kehari sebelumnya...jika terpaksa jugak maka aku akn cuba usahakan supaya ianya berakhir dlm pukul 6.00 ptg...jika dikira masa perjalanan dr sekolah kerumah aku lebih kurang 1 jam lebih (termasuk masa menunggu bas yg 1/2 jam sekali, tp kadang2 1 jam sekali), maka aku akn sampai dirumah plg lewat jam 8.00 mlm...itu masih dikira siang di kota metropolitan, walaupun kelilingku hanyalah flora dan fauna yg menghuni (tetapi telah ada tanda2 akn dinodai...) pukul 7.30 waktu tu dah mcm 8.00 mlm sekarang...gelapnya sungguh pekat, ditambah pula dgn ketiadaan lampu jln, mampu membuat bulu roma taksemena2 tegak berdiri...

13 tahun sudah, sewaktu aku di tingkatan 3 aku alami peristiwa ini, tempias dr keberanian jiranku bernama Makcik Leha...

Mlm jumaat seperti kebiasaan keluarga2 melayu...aku dan adik beradik yg lain akn berjemaah maghrib di beranda rumah, setelah itu kami akn duduk membentuk bulatan dan membaca surah yassin, botol air yassin yg diletak ditengah2 akn digunakan sebagai air penawar...

Sedang kami asyik membaca yassin, aku dikejutkan dgn suara anjing bersahut sahutan tdk jauh dr rumah...aku mula memperlahankan suara, bulu roma telah 'terjaga' dr tidur...mula tegak berdiri...mata ku mula memandang abg dan kakak2 ku seorang demi seorang...rupa2nya bkn aku sahaja yg merasa seram dgn salakan anjing tersebut, dr raut wajah mereka aku tahu mereka juga perasan akan keanehannya, serentak kami matikan bacaan yassin dan kami amati bunyi tersebut...adakah benar atau sekadar mainan telinga...

Memang benar...amat sayu dan semakin kuat bunyi salakan anjing tersebut dan ianya seolah2 dr segerombolan anjing...pelik, kerana di kejiranan kami tdk mempunyai banyak anjing, kalau adepun hanyalah 2 ekor di rumah kepunyaan keluarga cina yg terletak jauh dr rumah aku...tatkala kami mengamati bunyi salakan tersebut, kedengaran pula suara jempuk turut berpadu irama...darahku berderau bilamana aku mendengar suara kuang kuit berbunyi sayup2 menyampuk salakan anjing dan jempuk, serta merta aku lari masuk kedlm rumah diikuti abg dan kakak2 ku yg lain...kata org burung kuang bertenggek diatas belakang harimau...aku cepat2 mengunci pintu dan terus membatukan dr didlm rumah. Keadaan di luar seolah2 terdapat 'pesta' dr dimensi lain...Abg ku bertanya akn hal itu pd mak namun dia hanya diamkan sahaja, abah ptg lg sudah keluar, kemana tdk pula aku tanyakan...

Entah pukul berapa 'pesta' itu berakhir tak pula aku sedar, disebabkan terlalu takut maka jadual pembacaan cerita2 SBDJ oleh kakak ku ditangguhkan, kami masing2 tidur beramai2 di ruang tamu rumah...

Ptg esoknya sekembali dr sekolah, aku diberitahu oleh mak sebab musabab kejadian semlm... suami makcik leha (arwah) telah menebang serumpun buluh dibelakang rumahnya kerana marah bilamana anak perempuannya yg demam menceritakan dia terlihat entiti berbentuk budak bermata merah merenungnya didlm perdu buluh tersebut. Makcik Leha cuba menghalang suaminya dr menebang tetapi tdk dihiraukan, sepanjang mlm mereka disakat 'makhluk' tersebut tampa henti...kata mereka rumah mereka seolah2 dilanda ribut, sedangkan kami tdk merasakan apa2 melainkan bunyi2an yg menyeramkan...

lama juga setelah kejadian itu dia sekeluarga diganggu, kadangkala ketika tidur ats katil mereka seolah2 diasak hingga jatuh kebawah, adakalanya bila tersedar dr tidur berada ditempatlain (ruang tamu, bilik air...)...sekarang tdk pula aku tahu samaada ianya masih menyakat lg atau tdk, yg pastinya, aku tdk pernah disakat sedemikian, walaupun dia adalah jiran ku yg terdekat, jarak rumahnya dr rumah aku hanyalah 100m...

21 comments:

dzul said...

man helang..ada juga kawan2 aku yg ternampak entiti2 mcm ni..
bermula dgn lemah semangat,
tp pelik juga bila anjing start menyalak2..kalau anjing menyalak2 tu bukan mcm kebiasaan, hah..petanda ada kes la..

melayuangkat said...

Assalamaulaikum Man,

Memang kami pun masa kecik kecik dulu tak dibenarkan keluar rumah kalau malam Jumaat. Melainkan ada emergency.

Dan baru-baru ini emak saudara sebelah ipar saya pun kononnya disampuk 'penunggu' bila sebatang pokok dibelakang bangsal rumah mereka ditebang.

Nenek ini keluar masuk hospital, meracau-racau sehingga ada Bomoh yang tolong 'tenteramkan' penunggu yang mengamok tu.

Tapi baru baru ini meracau balik.

Menurut doktor Nenek ini meracau sebab rindukan cucunya yang sorang tu,di luar negera lama tak jengok jengok dia di kampung. Suruh cucu dia balik saja.

WaAllahuAlam.

azlishukri said...

cerita yang hampir sama kualami..

S.YanaZ said...

ManHelang,
dah elok2 citer pasal buah duriann...citer pasal antu laa pulokkk.
Malam Jemaat mana ada hantuuu...Malam Jemaat adaaa...."?"

:/

Akar Umbi said...

Assalamualakum Man,

Saya mohon tumpang lalu dan mohon mengukir kata di blog saudara....... (bukan apa man, menyahut seruan kau jgn mencarut dan menggunakan kata2 kesat), hehehe

Don Balon said...

Alamak Man..
aok berjaya menjadikan kulit koi macam kulit ayam..
pew..
serrreeemm gué...

alif-mikail said...

Man_helang..
huii.. penceritaan yang baguih.. boleh dijadikan koleksi oleh enche dzul.. heh! teruskan berkarya..

Nota: SBDJ tu dah sampai siri berapa aa.. dah lama koi tak follow..

man_helang said...

dzul...kalau dia menyalak biasa takpe...ni menyalak mendayu2 bunyiknya...tu yg seram tu..

makcik melayu...kadangkala doktor moden payah nak percaya hal2 alm ghaib mcm nih...mereka lebih percayakan sains dan technology...mungkin ade benarnya kot saranan doktor tu...

en. azli...ko alami kat mana, aku tak alaminya secara bersemuka, cuma terkene tempias aje...

chegi...ala..asyik cite psl buah jek, kang ko jemu lak, sesekali nak gak lwn ngan brader dzul kita tu...mlm jumaat ade apa??? ehhh ko nihhhh...lain mcm plaks...hu hu

lan...bahasa budaya bangsa, kalau kita mula rosakkan, nanti anak cucu kita akn terikut sama...

man_helang said...

don balon...aku tak jumpa life cam cite ko tu, siap nampak pompuan pakai telekung semayang tepi jln mlm2 bute...tu lg evil...

alif...tak seram cam cite chucky brader dzul kita...entahlah, dlu sampai siri keberapa entah SBDJ, buku koleksi aku pun dah abis kene mkn anai2...

Yana Ismail said...

ish,jgnla cite pasal hantu2 ni,,.tatot tau:p

Rahimin Idris said...

peh, tukar gambor lain la. gambor baru ko ni lagi menakutkan aku berbanding cerita ko tu! hahaha

hans said...

siyot cerita ni...
seram sih...
nasib aku baca time siang
haha3

p/s: 2 new posting,enjoy baca kay

man_helang said...

puteri...dah abis cuti ker???

min...aku saje taruk gambar tu utk entri nih...ha ha

ala akunya gambar tak segerek ko, rambut rebonding..hu hu aku pun nak bela rambut panjang gak ah...

hans...mane nak seram siang2 baca...

Anonymous said...

emm man helang petama sekali aku nak cakap anak ko mmg cute cute dan cute..

emm aku xtau nak cakap ape2 sbb kurang pengetahuan dalam bidang nie

hanis said...

belum pernah melalui alam2 misteri & bertemu entiti... minta d jauhkan... AMIN

Denanz ... said...

benda2 macam ni, nak tak percaya pun tak boleh juga.

♥~ir@~♥ said...

sib baik ler aku baca di petang jumaat nak malam sabtu,,tk ler takut sgt,,ekeke

hans said...

http://hanspunyablog.blogspot.com

3 posting terbaru

Fadh Rahman said...

dari kecil kita telah dibiasakan oleh org tua kita dengan momokan...malam jumaat malam berhantu. hingga kita menjadi sebati. tapi kini malam jumaat malam membunuh orang kafir...

man_helang said...

akumasih...huis...seram aku baca komen ko...

man_helang said...

generasi...ko tgk lah plak sapa bapak dia...ha ha ha

hanis...dia blum nak menampakkan dr kat ko tu...kalau dia nak tunjuk gak, bkn bleh ditahan2...

denanz...arwah prof aku org putih (tp muslim) dia langsung tak percaya akn hantu2 nih...katanya buat apa percaya benda2 bodoh tu...entahlah...

ira...ko baru blk bernikah ker??? lama tak dngar kabar...

hans...aku dah baca dah...