Aug 11, 2008

BaPa Ku KaKi BebEl @ BEngkeNg..(bHg AkhIR...)


''Asal silat itu silap...'', kata abah memulakan bicara. Pakcik Hashim, Pakcik Hamzah (arwah) dan Pakcik Kifli masing2 bersila menghadap abah, tekun mendengar setiap butir bicara, sesekali mereka mengangguk, aku yg berada di bahagian belakang hanya membisu. Agak sukar untuk aku memahami kata2b abah tika itu. Pada asalnya abah amat keberatan untuk membuka gelanggang ini. Katanya ilmu itu diwarisi turun temurun, jadi keturunanya saja yg layak untuk diwariskan. Malangnya tak seorangpun dr kami adik beradik berminat, jadi untuk mengelakkan ianya dr luput, maka abah dgn berat hati bersetuju untuk menurunkan kpd kwn karibnya yg bertiga itu...

Aku...hanya sekadar kuda2nya sahaja, selebihnya aku malas nak dalami...Ahh!! zaman telah berubah, kemodenan tdk lagi memandang itu semua, sekarang mana ada anak2 muda nak berpencak, kalau ada pun hanya dimajlis2 kenduri kahwin. Kita sekarang telah semakin terhakis entiti kemelayuan, malah kadangkala kita memandang enteng budaya kita sendiri, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Keris yg suatu ketika dahulu kita anggap pusaka bangsa, sekarang tdk lagi boleh kita pertahankan maruahnya. Bersuaranya kita dianggap perkauman, habis jika mereka merusuh ingin dipanggil apa pula??? Jadi untuk apa semua tinggalan warisan yg ada??? Kalau jawabnya hanya sekadar untuk paparan dimuzium buat tatapan kosong anak muda sekarang, maka aku juga tidak sanggup untuk memilikinya...cantik dan bernilai namun tiada guna....

Aku amat merindui kehidupan aku dahulu, kehidupan anak kecil yg senantiasa mengekori abahnya. Aku sedar kami adalah orang susah, hidup diatas belas ehsan org lain, namun kesusahan tdk pernah menghimpit aku, lantaran pengisian hidup yg begitu padat oleh abah, rohani dan jasmani. Aku tdk pernah berasa takut untuk kehutan, bermain sendiri ditepi belukar malah ditinggalkan sendirian diwaktu malam, walaupun waktu itu kawasan sekeliling adalah hutan belantara, namun sekarang suasana tersebut telah berubah. Makin kita menuju kearah ketamadunan sejagat, makin jauh pula kita mundur kebelakang, aku tdk lagi merasakan diri ini seselamat dahulu...ahhh!!!kemana hilangnya semua kedamaian itu???

Pernah sekali abah beria mengajakku pergi kekebun sewaktu umur aku sudah cukup untuk memikul tanggungjawab...sesampainya disana, dengan nafas yg masih turunnaik keletihan, dia terus menunjukkan padaku pancang2 sempadan kebunnya dgn kebun2 org lain. Kata2nya yg masih menebal hingga sekarang...''m...sekarang abah dah tunjukkan sempadan kebun kita pada kau, abah dah tak lagi berdaya untuk mengusahakannya, kaulah harapan abah nanti....sok2 kalau...''aku tdk lg sanggup menunggu abah menghabiskan kata2nya, lantas terus berlari menjauhkan diri...memang jarang sekali aku menangis tp hari tu, aku tdk lg dapat menahan sebak...aku menangis semahunya...ye!! memang penampilan aku kasar, malah aku pernah juga menengkingnya. Entah mengapa sikapku dgn abah amat jauh berbeda jika dibandingkan dgn layananku pada emak, namun aku seringkali menyesal tak sudah diatas segala tingkah laku tersebut...

arghh!! harapannya pd aku pun belum lg aku tunaikan...

15 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Man,

Dalam mengharung hidup kita ini tidak akan ada satu hubungan kita dengan sesiapa yang 'sempurna segalanya"

Kita insan, kita lemah. Kita tidak berdaya.

Mak Cik terharu baca kisah kamu dan ayah kamu. Cara dia bawa kamu ke hutan, menceritakan dan memberitahu mengenai seni silat, beruntung kamu.

Mak Cik tidak pernah tahu bagaimana wajah ibu dan bapa kandung Mak Cik namun Mak Cik bersyukur anak anak Mak Cik tahu bagaimana wajah bapa mereka. Ini pun Mak Cik dah berTerima Kasih dan bersyukur pada Illahi.

Jagalah ibu bapa kamu baik-baik...InsyaAllah swt hidup kamu akan sentiasa diberkati Allah swt.

Unknown said...

mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..tp kau ni man dh jd cam nasi goreng sbb xde kuah.kih3.hmmm..apsal la kau slalu xmao dengar ckp ayah kau..silat tu warisan dia,utk anak2 & cucu2..di situ la jati diri org melayu dibentuk melalui disiplin (asas) silat & agama..itu la kita budaya sendiri dh lupa tp bila org sentuh ketuanan melayu masing2 nk marah..budaya xmao dijaga..maaf man tersasau dr tajuk lak..kalau smpat kau blaja la silat tu..mmst ayah kau bangga..anak sapa ni..ps: aku pun blaja silat utk perthnkn diri & meneruskan warisan melayu kita..

Anonymous said...

emm tapi aku rasa kau silap masa seni mempetahankan diri. kalau xsialap aku ahh islam wajibkan umat dia belajar
1)seni mempetahankan diri
2)memenah
3)berenang

S.YanaZ said...

ManHelang,
betul ke penah tgk Abah???

ke gua silap baca...
Ahh, kita smue sbg ank penah buat silap,kan...

dzul said...

Man, jaga la hati abah kau tu..

Don Balon said...

Hmm..koi paham perasaan aok masa tu..

Hari-hari terakhir ayah koi berpesan juga.. supaya kami adik-beradik lelaki memandikan jenazahnya..
dan koi disuruh mengimamkan solat jenazah..
bab mandi Alhamdulillah tertunai..
Bab solat jenazah koi jadi makmum je.. terkilan jugek koi.. tak sempat prepare..

Ojie said...

aku pn lg close dgn mak aku..org kata kalo muka ank perempuan sama ngn bapak, boleh ngam tp aku xtau kenapa dulu aku dan bapak aku ada mcm sedikit panas hbgn kami..mungkin masa muda2 jiwa cpt nk memberontak..tp alhamdulillah skrg, semuanya beransur baik semula..

alif-mikail said...

Teringat kenangan bersama allahyarham ayah..

selagi mereka ada.. hargailah mereka.. apabila mereka pergi.. doakanlah mereka.. huhuhuuhu

Cheguman said...

"Silat tu silap"...(?)

Mungkin kita boleh pikirkan sesuatu bagi mengelakkan silat kita lenyap begitu saja.

Kenapa tekando (sori.. lupa ejaan) boleh berkembang di sekolah2 Melayu? Termasuk kat sekolah aku. Bila aku tanya cikgu2 lama, diorang kata: "Eh, apa pula tak de... Kita ada persatuan silat... Cuma latihan... sekarang ni diorang tengah belajar bab 'biskut', "sekejap ada, sekejap tak ada".

Aku rasa silap kita jugak:
1) Tok guru; segan nak kutip yuran yg berpatutan. "Bayor le ikut suka." Akhirnya, dia sendiri tak datang sebab minyak dah naik harga."

2) Bapak murid; "Ala... bagi RM10 sebulan pun dah banyak. Apa? tok guru tu nak mengajo ke nak duit? Tak ikhlas!!! Tok guru dulu takde pun charge2.

3) Anak murid; semangat nak belajo berkobar2 tapi... tok guru kadang2 datang, kadang2 tidak. Mak bapak pun tak nak hantar. Kelas kul 8 pagi (Ahad), abah bangun kul 11.30.

Man, bukak le gelaanggang. Aku tak percaya engko tak belajo langsung. Buat secara profesional. Aku tlg promote kat blog aku.

man_helang said...

makcik melayu...betul apa yg makcik katakan, kadangkala agak sukar utk kita kekalkan momentum perhubungan sesama insan...kalau nak di ikutkan kisah makcik lg sedih, yelah tdk mengetahui bio. father sendiri...insyaalah sy akan cuba mengubah perangai sy...

uxop...aku bsn bila org duk sibuk perkatakan hal2 ketuanan melayu, adb sopan ketimuran, tp ko lihat sekeliling...yg bercakap tu pun kadangkala sesama kita pun masih nak sepeking, pakaian toksah kata la....

generasi...aku nak ikut cikgi s.yanaz masuk kelas memanah n kelas menembak...seni gak tukan???

cikgi s.yanaz...ko tak silap baca, aku yg silap tulis kot...hu hu...sampai skarang aku sesal tak sudah...

zul...bkn aku tak sayang kat dia...kalau duk jauh2 nih, aku ingat gle kat parent aku, cuma bila berdekatan, rasa mcm ade satu aura yg menolak...sebab tu sumer adik beradik aku 'berterabur' lari tak nak duk ngan ayah aku...cuma aku yg masih bertahan sampai skang...

man_helang said...

don...ko punya cite pasai abah ko lg aku takleh baca...sedih, aku takut sgt nanti bila dia dah takde, barulah aku naktercarik2 dia balik...uhhhh...

ojie...org kata 'aura' bapak aku panas...sebab selalu sgt mengurut org dan ubat sakit org...'bende' tu datang menyinggah...entah tak tahu plak aku...

alif mikail...aku tak nak menyesal kemudian hari...insyaalah aku cuba ubah pe'el aku nih...

cheguman...'asal silat itu silap...'entahlah, sampai sekarang aku tak dapat lg menangkap maksud bapak aku tu...

itulah masalahnya dgn guru2 melayu kita, terlalu penyegan dan tebal adat ketimuran...kalau nak diikutkan mana ade bende 'free' skang nih...yg kita nih pulak selalu sgt nak amik kesempatan...

aku serius cheguman, aku tak amik satupun ilmu dr bapak aku...aku malas...payah sebab kene amalkan selalu (konsistensi penting kalau tak tak menjadi...tak boleh amik separuh2)...ilmu langkah seribu aku tahu la, bleh la kalau ko nak belajar...ha ha ha...

Akar Umbi said...

Lately, makin hebat ko berkarya man (membebel?).

man_helang said...

lan...ahhh...aku mana ada berkarya, merapu ade la...lain la ko, jarang2 tulis, sekali kuar tahap olimpik punya entri...alah...bkn bebel sebenarnya...nasihat, aku jek takleh terima kata2 org tua aku...anak degil...

S.YanaZ said...

ManHelang,
Sori,
aku nk tulih tengking tp tertulih tgk.

cheh!
besar pbezaannye tuhhh.
:]

sparkystar said...

thanks bro link blog aku,nice to meet u..slmat bkarya lagi,hdup blog.ahakss