Aug 1, 2008

BapA kU KaKi BeBel @ BeNGkeng...(BhG 2)

Hujung minggu adalah waktu yg paling aku nantikan, bkn kerana tdk perlu ke sek. (sebahagian kecil diriku berkata ya…), tetapi kerana aktiviti padat yg bakal diaturkan bersama abah menjadi tarikan kuat utk ku menghitung hari…

Akulah anak kecil yg selalu membontoti abah walau kemana dia pergi…ke hutan aku akan redah malah ke sungai, bahkan kelembah dia takkan terlepas dr pandangan mata ku. Walaupun aku acapkali di bebel oleh abah disebabkan sikapku yg degil dan samberono, namun tdk pernah aku mengambil kisah akan bebelannya, bahkan bertambah degil pula sikapku…

Memasang jebak!! ya…!! Itulah aktiviti ‘peberet’ aku, aktiviti yg menjanjikan kepuasan maksima. Abah memang cekap membuat jebak. Burung…??huh!! boleh dikatakan blum pernah terlepas dr jebaknya . Tdk pula aku bertanya dr mana dia memperoleh kepandaian tersebut, namun yg pasti bkn dr internet mahupun jalur lebar yg ‘bersepah’ sekarang…

Abah bkn sahaja hebat menangkap burung, malah bijak 'memerangkap' aku utk meminta bantuan…aktiviti yg dijanjikan hanya akan tercapai bilamana aku selesai membantunya di kebun. Alasannya…pokok bertam, bhn asas membuat jebak tdk terdapat di persekitaran rumah kami, hanya boleh didapati berhampiran kebun. Apa yg membuatkan aku begitu lemah dan malas ke kebun ialah kerana terpaksa meredah hutan tebal selama hampir 2 jam sebelum tiba di kebun, yg terletak betul2 dikaki cawangan Banjaran Titiwangsa. Abah kata di sebalik bukit itu terdapat sebuah empangan yg airnya digunakan oleh penduduk sekitar Negeri Selangor (sekarang terdapat trek jln kaki utk pelancong, pemandangan dr puncak bukit amat mendamaikan terutamanya diwaktu pg dan petang, namun kesejukannya dah semakin berkurangan disebabkan aktiviti penerokaan hutan).

Semangat yg hampir hilang segera abah bangkitkan dgn membenarkan aku membawa parang, huh! bkn kepalang gembiranya…dgn parang yg tersemat dipinggang aku melangkah gagah, persis gaya lubalang menuju ke medan juang. Habis pokok2 renek dan senduduk yg melingkar disetiap perjalanan kami, aku cantas kiri dan kanan, sambil2 tu aku menggayakan gerak tari silat yg ku tonton dr tv hitam putih milik abah. Jelas tergambar di ruang mata, aktor kegemaran...Eman Manan yg berlakon dlm siri Pendekar Kundur…abah…erm…mula risau melihat ku, takut aku tertebas betis sendiri.

Selesai menebas dan merumput, seperti yg dijanjikan kami akan mencari pohon bertam. Dusta bkanlah sifat abah, memang terdapat banyak pohon bertam disana, tumbuh meliar, daunnya hampir sama dgn pokok kelapa cuma pelepahnya berduri, itulah sebab abah menyuruhku berhati2. Mengikut perkiraan abah 6 btg pelepah cukup utk membuat 1 jebak, tp sengaja aku lebihkan, takut kalau2 ade pula yg patah, taklah terbantut niat ku nanti…pelepah tersebut akn dipotong mengikut panjang yg dirasakan sesuai. Kulitnya akn diraut utk dijadikan dinding, manakala empulurnya pula sebagai kerangka.

Selalunya abah mengambil masa, kurang lebih 3 jam utk menyiapkannya. Jebak yg siap mempunyai 2 aras, aras atas sebagai perangkap (didalamnya akn diletakkan pisang masak bercucuk cili merah sebagai umpan burung), bahagian bwh pula akn diletakkan burung pemikat (burung pertama yg ditangkap akn dijadikan burung pemikat). Kami pula akan ‘menyorok’ dan menanti dgn penuh sabar….tap…bunyi jebak mengene…

Masa tu puas juga aku meratah daging burung goreng, yg aku masih ingat spesis burung merbah paling kerap mengene, yg lain tak pula ku tahu namanya. Kalau kami dpt menangkap burung but-but pula, abah akn jadikan minyak urut, spesis itu amat jarang didapati, minyaknya bolehlah dikatakan mujarab (seeloknya minyak anak burung tersebut katanya) entahlah…tp blum pernah aku dengar ‘customernya’ komplen setiap kali mereka dtg mengurut…
Aku pasti banyak juga sekarang ni yg sudah dikategori sebagai haiwan perlindungan. Cuma burung tiung dan burung gagak sahaja aku tak mkn jika terkene jerat, itupun kerana abah kata ianya haram, kalau tak dgn spesis tu pun aku bedal (cikgi s.yanaz…ini pun haiwan ciptaan Allah, tp nape tak leh mkn hah?? cikgi izinkan sy bertanya…hu hu). Dulu aku hampir2 cekap membuat jebak, bkn itu sahaja, perangkap2 lain pun aku turut pelajari. Kalau setakat budak jambori pengakap si rahimin tu, sesenang aje aku ‘jeratkan’…biarkan dia mati pikiran bila terkene umpan perangkap aku…ha ha …sory bro…aku gurau jek…

__________________________________________otk dah kering…sambung lain kali ah…mcm bosan jek baca (next chapter…aku kasi ending)

10 comments:

Rahimin Idris said...

woi, nak jebak aku? aku licik lagi liar la.. boleh ghaib sesuka hati. aku sebenarnya ninja pengakap!

Yana Ismail said...

Alahai. bgusnya ikot abah:)

S.YanaZ said...

Ha.ha...
Ninja pengakap ke hape takut kerbau....kan..kan..
:)))

Burung gagak kalau leh mkn pun ManHelang, ahh, ngeri aku nk makan!
H.E.L.A.N.G???

Anonymous said...

yup tapi sayang aku xde pengalaman mcm ko lah

dzul said...

dulu aku pernah satu kali ikut arwah ayah menjaring ikan masa banjir. Petang tahan..pagi esok menggelepar ikan atas tanah.

alif-mikail said...

:D.. sambung le lagi

alif-mikail said...

:D bagus tarik bro rahimin sama.. ehehe..

melayuangkat said...

Salam Man,

Mak Cik sebak baca pasal Abah kamu. Bertuahlah sesiapa yang ada ibu bapa kandung mereka.

Man,

Mak Cik ada info pasal satu seminar yang akan didakan di UM pada 27 dan 28 Ogos ini. Kalau nak makluman lanjut, sila ke blog Mak Cik.

Shukran.

Ojie said...

masa aku kecik2, abah aku rajin masuk hutan memburu dgn kawan2..
setiap kali blk, abah akan bawa ayam hutan..
huh dia punya rasa mmg best..
tp zaman sekarang ni, bila abah dah tua, dia xmasuk hutan lagi..
nmpaknya aku kempunan la nk mkn ayam hutan lagi..
kat mana aku nak cari weii??

man_helang said...

min...ha ha ko baca la komen si cikgi yanaz tu...

puteri liyana...aku kekecik tak ramai kawan...so bapakku kawanku...

s.yanaz...betol apa ko cakap tu, hape ke ninja takut kobau...

weh2 aku MAN = manusia...so Man Helang = Manusia helang lah, manusia mane leh makan manusia...

generasi...ala...takpe, lg pun sekarang nih nak memburu atau tangkap burung kene amik lesen..payah...

zul...ha same lah, bapak aku tak minat pancing ikan, lambat katanya, lg pun seksa ikan, menjaring ngan menjala memang antara aktiviti kami anakberanak...

alif...nanti lah aku sambung balik...ide takdo lah...

aku saja jek nak pekenakan si min tu...

makcik melayu...alah sy cite kisah hidup sy ngan abah, takde yg menarik pun, biasa2 jek...

tentang seminar tu insyaallah...wah syukran tu...er...terima kasih bahasa arab apa ye???

ojie...aku aym hutan paling susah nak dapat, tak penahnya mengena racik yg bapak aku pasang, gile cekap aym hutan, member si min kot...kat kg aku kuala pilah...ayam hutam besarang ats pokok kelapa sawit...senang nak tangkap, selalu time blk kg merasa gak aku mkn daging aym hutan..