Jul 31, 2008

BapAKu KAki BEbeL @ BeNGkEng...(BhG 1)

Tulisan ini kutujukan khas buat bapa ku…maaf bkn tujuan aku utk memperkecilkan abah, jauh sekali utk menghina atau menidakkan jasa2 abah yg menggunung. Tetapi sebagai titipan yg membuktikan bahawa abah, adalah seorang ayah yg penyayang dan amat mengambil berat akn hal2 kami adk beradik…

Jika ditanya kpd kakak2 mahupun abg2 ku, tdk dpt tdk mereka pasti bersetuju dgn tajuk entri aku kali ni…aku rasakan tlh menjadi suratan bahkan tlh termaktub di Loh Mahfus, tatkala roh ditiupkan kedlm jasadnya bahawa itulah watak yg harus dia pikul samaada suka atau tdk, supaya kelak ank2nya membesar dgn didikan dan asuhan yg sempurna…

Dari kakak yg sulung hinggalah aku yg bongsu, tak seorgpun yg blh terlps dr bebelan abah, hal ini sememangnya diakui. Selalunya apa yg abah bebelkan akn kami warisi turun temurun, maknanya apa yg abah aku pernah bebelkan pd kakak aku dlu, aku juga bkl merasainya, jd secara tak langsung akulah yg paling ‘bertuah’ kerana ‘dibekalkan’ dgn tip2 utk menepis segala bebelannya…yg abah paling ‘favorite’ bebelkan ialah hal pendidikan kami semua, dia amt takut jika kami ketinggalan dlm pelajaran, bgnya ilmu adlh segalanya…

Aku blh dikatakan setiap hari ‘bersarapan’ bebelan abah, yelah cukup liat utk bgn ke sekolah, lebih2 lg kalau sekolah sesi pg. Ini semua kerana keenakan tidur di ‘banglo’ papan beratap zink ‘milik’ abah yg terletak diatas bukit, berlatar belakang Banjaran Titiwangsa. Waktu pg masa itu dah mcm musim dingin di ‘menceste’, cuma bezanya di situ tiada salji, tp sejuknya boleh sampai ke tulang hitam.

Sumber air, kami gunakan perigi yg abah gali sendiri, jaraknya dr rumah lebih kurang 50m, biasanya abah akan membuat alur kecil dr mata air berdekatan utk mengairi perigi kami supaya tdk kering, air ‘besi’ memang tiada langsung. Kuasa elektrik pula hanya bergantung pd bateri sel basah yg abah akan hantar ke bengkel utk di cas setiap 2 hari bila ‘powernya’ dah semakin berkurangan, dlm tempoh itu kenelah kami menggunakan pelita ayam, buat penerang mlm…bg mengelakkan digigit nyamuk pula, mak biasanya seblm maghrib akn membakar sabut kelapa, utk dijadikan unggun dibawah rumah (asap tebal unggun sabut mampu menghalau nyamuk katanya…), namun disebalik semua kesulitan ini, abah amat bersyukur kerana dikurniakan seorang majikan yg amat memahami...terima kasih Tan Sri, kerana membenarkan kami menumpang teduh di sini, akan kami bls jasamu dgn menjaga tanah ini sebaiknya…

Menjadi rutin aku untuk bangkit jam 6 pg (walaupun liat asalnya) utk solat dan bersiap ke sek. Tpat jam 6.30 aku akn menapak ke perhentian bas yg terletak kira2 2 kilo jaraknya. Kehidupan aku di sek. tiada bezanya dgn budak2 lain, cuma aku agak kurang bergaul, mungkin disebabkan itulah guru kelas aku menggredkan aku ‘C’ dlm pergaulan, aku lebih suka menyendiri. Jika terdapat aktiviti ‘koko’ di sebelah ptg, aku akn ‘berkampung’ di sek. hingga jam 7. Selps itu kenalah aku naik bas dan menapak lg utk blk…(mungkin nasibku sedikit berbeza jika berpeluang belajar di kelas 2 Merah atau 2 Hijau yg ‘femes’ tu…(sorry chegi S.Yanaz aku ‘pinjam’ klas ko kejap)

Aku paling tak suka jika terpaksa pulang lewat senja, paling aku serun bla terpaksa melalui kwsan htan, disebabkan kwsan ‘kejiranan’ aku masih lg ‘mengekalkan’ status belantara…bermcm jenis kisah hantu yg bermain didlm kotak fikiran ketika itu. Masa tu buku Siri Bercakap Dengan Jin tulisan saudara Tamar Jalis amat laris dipasaran, kakak seringkali membacakannya utk aku adk beradik selepas waktu maghrib, dgn gaya bdn beserta intonasi suara yg digaraukan bisa membuat aku tdk senang duduk, akibatnya dia juga yg menjadi mangsa peneman kalau aku ingin ‘berhajat’ diwaktu mlm…tp aku kira bernasib baik, kerana blog menerungpaya kendalian saudara Dzulkarnain blum lg wujud, jika tdk aku pasti terkincit setiap kali pulang sekolah lewat senja, takut2 disakat oleh hantu senjakalanya…(soriii bro, aku pinjam entri ko plak…)
_________________________________________________________cont....

***next chapter aktiviti best hujung minggu bersama abah…

14 comments:

Rahimin Idris said...

hahaha bab menerungpaya tu kelakar..ko dah buat promosi untuk dzul sekali hahaha

Denanz ... said...

Aku tidak suka bila kena bebel dgn arwah ayahku dulu. Tapi bebelan itu masih abadi hingga kini dan menjadikan aku berjaya sebagai manusia di bumi Tuhan.

Ojie said...

abah aku seorang yang pendiam..
amat susah nak nk dengar dia membebel..
pukul anak jauh sekali..
tp aku kalo dgr citer2 lama nih, sayu je rasa..
tp ko punye gaya penceritaan, aku salut la..

man_helang said...

min...memang tu lah tujuan aku, mempromosi blog2 member...mane la tau kot2 dia jd penulis terkenai nanti leh la aku mintak satu 'copy' free dr dia...hu hu

denanz...itulah baiknya org tua dahulu...mereka bukn membebel kosong, tp berisi...

♥~ir@~♥ said...

arwah ayah aku seorang yang pendiam,,tak pernah membebel kat anak² dia,,

tumpang komen lagi,,hehe

man_helang said...

ojie...mak aku berperangai sebiji cam ayh ko, tp aku respek gle dia, sebab sekali dia ckp, terus menikam kalbu...mampu membuat mata aku berair...aku tak pandai menulis a...cuma blaja ngan member2 blog kita yg lain tu...mereka sume dah tahap otai, aku biginer lg...apapun t.q...

ira...ko jgn plak bersedih...sama2lah kita doakan kesejahteraan mereka disana, setiap yg berlaku telah ditakdirkan dan mempunyai hikmah disebaliknya...oh ya...nanti aku link kan blog ko ok...

S.YanaZ said...

Abah aku ponn garangnye, Tuhan aje yg tau. Arwah Mak lakkk, pendiam dan sgt lemah-lembut.
Kontras...tp aku rasa 'tag-team' yg berkesan dlm mendidik anak2.

ha.ha.

ManHelang,
kau amek je kelas 2 Hijau tuh, ringan sket tugas aku.
:))

Anonymous said...

ayah aku pun kuat bebel sbb aku nie xmakan saman....

man_helang said...

s.yanaz...erm...btul gak, kene ade kontras bru leh jd tag team, kalau dua2 tegas, nanti leh patah 'rebung' yg nak dilentur tu...

aku tak mo lah bdk skema...

generasi...aku pun jenis keras kepala, tp tak suke amik hati ngan sikap abah...

alif-mikail said...

Sambung.. sambung..

dzul said...

Utk org2 yang aku sayang selalunya aku akan membebel untuk menjelaskn sesuatu supaya tak berlaku salah faham pula. Aku ni kuat risau-risau. Mungkin lepas ni aku akan kurangkn perangai bebel aku sbb org mungkin tak senang. Biarlah..

yoshz said...

dzul = tamar jalis?

Hell, no! Dzul punya blog takde gambar perempuan kemban kena rasuk sebagai cover.

Unknown said...

citer kau mmg sememang la man..org tua dulu mmg pantang bohong dgn anak2 sbb diorng penuh dgn ilmu agama..bukan cam skrng yg sanggup bunuh anak,haruan mkn anak,janji kosong dgn ank2 lg la bersepah, dsb..kau kena la doakn org tua kau selamat,murah rezeki,sihat N penting bila diorng dh tua kau kena jaga betul2 ati org tua ni..jgn jd akukah si tanggang tu..jd fredi xpa la sbb mst duit rizab m'sia tk abih pnye..kedekut piang pnyer org tua..kih3

man_helang said...

zul...takder salahnya membebel kalau kene tempat, tp takleh lah selalu, nanti yg mendengarnya leh jd sawan plak...

yohsz...thank's menjengok, nanti akn aku sampaikan pd zul...sape nak jd model ekkk???

uxop...insyaallah akn aku cuba lakukan sebaik mungkin...si freddy tu kalau jd menteri kewangan aku ingat duit kat dlm bank negara melimpah keluar lah jawabnya....hu hu hu