Jul 23, 2008

PenAT...PEninG...MUak...

  • ari nih aku betul2 penat...luaran & dalaman...
  • dalaman seperti biasa...otak aku tak pernah berhenti berfikir akn hal2 politik (sepatutnya memikirkan hal2 ketuhanan adalah lebih baik...), celik mata aku akan layari blog2 yg kebanyakannya dikatakan sbg penyebab kpd kejatuhan 'rejim' islam hadhari (walhal apa yg disampaikan disini ade jugak benarnya...)
  • luaran pula...aku sekarang diasak dr segenap arh oleh main con. supaya menyiapkan segala kerja2 berbaki pd 26hb...(bg aku adlh mustahil utk dicapai)...namun begitu dlm 'progress meeting' yg lepas, aku jgak yg menyatakan kesanggupan utk cuba merialisasikannya...itupun bg mengelak dr belakang aku di 'sula' & menjadi udang panggang, maka otak aku 'memfatwakan' adlh 'wajib' utk aku memberi 'gula-gula' agar mereka 'terleka' buat seketika, & aku blh mengambil nafas mencari 'helah' yg baru...
  • pg ini aku sekali lg tdk dpt tdk terpaksa mengadap PM (Project Manager bkn Perdana Menteri) bg memanipulasi plan2 yg berlegar dlm otak, yg di rancang semenjak dr lps mesyuarat...aku harus bijak mengatur ayt agr 'dilihat jjur', wlaupun hakikatnya aku pening mencari helah bagaimana utk aku melepaskan dri...
  • jd utk mengelakkan dr PM itu berteriak sprt 'beruk' ataupun bersifat 'kebinatangan' maka aku mencari jln tengah, iaitu meminta diberi masa tambahan 'sudden death...' sehingga hjung bln ini...yg mana aku rasakan tarikh tersebut lebih 'relevan', namun begitu dia bertegas bahawa tarikh akhir adlh sprt yg dinyatakan...
  • olh itu adlh tdk wajar utk aku membebani otak aku dengan hal2 semasa yg memuakkan...bkn apa aku takut aku tdk lg dpt memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja2 aku, lg pulak aku rasakan di luar sana tlh ada ramai pengulas2 dan pengkritik yg hebat...
  • aku juga tdk sanggup kehilangan kawan2 aku diluar sana hanya semata2 terdpt sedikit perbezaan pendapat, yg bg aku terlalu kecil nilainya utk dikorbankan dgn erti sebuah persahabatan (org kata dunia ini terlalu kecil utk di isi dgn kebencian...)
  • aku seringkali terperangkap, adakalanya aku rasakan apa yg aku nyatakan itu betul, namun bilamana aku melihat dr sudut lain ataupun ditemplak oleh 'penyokong lawan', aku jga melihat kebenaran dlm kata2 mereka...so bagaimana harus aku membuat penilaian yg tdk berat sebelah...
  • aku juga acapkali menghembur kata2 kesat jika ada yg berbeza pendapat dgn aku, namun ayah ku pernah berkata sewaktu kami bertengkar (hal ini akan aku ceritakan di dlm posting yg lain...) bhw baik buruk, untung nasib seseorang itu bknlah hak kita utk menentukannya...sekiranya aku yg sekerdil ini pun seringkali terkhilaf dlm membuat andaian dan penilaian, bagaimana pula halnya dgn mereka diatas tu???
  • adakah kita benar2 memahami situasi mereka??? adakah pemikiran kita serupa atau selayaknya dibandingkan dgn mereka??? adakah plan tindakan yg kita cadangkan bertepatan dgn situasi dan kondisi yg mereka harus hadapi??? & yg lebih penting adkh bilamana kita berada di tempat mereka kita akn lakukan sprt yg kita sekarang ini war2kan???...kita harus sedar sesungguhnya tuhan menciptakan setiap manusia itu berbeza....
  • jd sekarang adlh masa yg tepat utk aku 'singgah' di R&R bg merehatkan minda aku yg semakin bercelaru...cukuplah sekadar memerhati, meneliti gerak & tari menilai & menjadi juri hanya utk tdk lain selain diriku sendri...

11 comments:

Mogen Ali Rico said...

setuju setuju..aper yang setuju..hanya aku yang tahu..

dzul said...

Man..
Macam tu la kerja site.. Mesti pandai bersilat, berpencak..
Mana sempat tepis,tepis dulu.
lepas tu kilas..
Ada peluang skit terus je bagi buah siku,
ruang banyak naik penerajang sedas dua.
Yang penting jgn lari dulu

mcm tu la sampai handover

S.YanaZ said...

ManHelang...
aku tak skema langsung!!

Erkk...apsal aku jwb kat blog lu lakk.
muakakakaa.

hanis said...

dah... dah... g siapkan keje dulu baru layan blog... :P...

man_helang said...

sala semua...

mogen...aku pun setuju gak...setuju ape aku pun tak tahu...

dzul...tu psl la bro, aku dah letih berpencak nih, pasai dlu aku blaja silat pulut jek, depa semua pakau kuntau, kungfu, judo siap ngan aikido lg, maunya ku tak tergolek...

s.yanaz...pasai ko tak center...huarghhh

man_helang said...

cik hanis...

ye lah aku p lah wat keje nih...

Cheguman said...

Betul nko cakap tu Man. Malam tadi aku ulang lagi kesilapan lalu yg pernah aku kesali. Balik dari kelas malam, aku duduk jap depan pc, konon nak baca respon dlm waadat je. Pastu, klik sana klik sini sedar-sedar kul 3am. Waaaa... nyesal aku layan blog nie.

(moral: kalau nak dilayan perbezaan pendapat antara kita, sampai qiamat pun tak abis).

Denanz ... said...

salam. nk link blog ni, bleh ka? ni link dari rahimin punya blog.

man_helang said...

salam...

demang...perbezaan tu kalu dilayan jgn kata sampai kiamat, kalau ade lg selepas kiamat pun masih tak cukup...sebab kita selalu sahaja melihat perbezaan, sedangkan persamaan bknnya takda...

denanz...tq sebab bertandang, it is my pleasure if u link my blog, cewah...aku pun nanti link ko punya blog gak...

Akar Umbi said...

Antara dua orang duduk bersembang, perbezaan pendapat itu pasti ada. Namun, apakah perlu kita menjarakkan lagi perbezaan dan mengabaikan untuk mencari titik persamaan?

Aku mengambil pendirian:-

1. Berhenti berhujah jika sahabat tetap mengatakan hujahnya betul, sementara hujah aku salah; dan
2. Menghentikan pertengkaran dengan sahabat hanya untuk mempertahankan orang lain yang tidak berapa kita kenal, walhal kita lebih mengenali sahabat kita.

So mudah, perbezaan pendapat dalam politik takkan perlu memutuskan persahabatan. Aku berpegang kepada "persahabatan politik tidak tulen, persahabatan hakiki tanpa dorongan politik adalah lebih sejati dan berkekalan".

Betul tak Man?

man_helang said...

salam...

lan...betul apa yg ko cakap tu, sebab tu aku tak nak komen lebih2 hal2 politik, aku lebih suke berkias, aku berapa kali dah terlibat dgn 'pertengkaran' di alam maya nih...

smpaikan aku rasa nak jd hacker nak kondem blog2 yg aku tak puas hati...tp nak wat ape kan...bialah, aku ambil sikap beralah...d org bkn org lain, saudara seagama aku gak...pepatah omputih ade ckp 'when the water runs dry, we can see who's swimming naked...'