Jul 14, 2008

BACk AgaiN...

  • baca tajuk cam best jek kan???tp bukan apa2 pun, takde kene mengene dgn situasi politik sekarang nih...
  • alhamdulillah, setelah hampir seminggu aku bercuti ke kampung wife, bg menjengok 2 org kakak ipar aku yg baru bersalin awal bulan hari tu, ari ni aku kembali bertugas seperti biasa...
  • selama aku di kampung (pantai timur) aku langsung tak mengikuti perkembangan politik tanahair, cuma sesekali menjeling kearah tv melihat berita2 sensasi...
  • memang tak dinafikan bila ada org kata bahawa suasana politik di m'sia ini adalah yg paling aktif @ hangat dalam dunia...sebab bila mana aku berada di kampung, jauh dari hiruk pikuk politik, otak aku berasa tenang dan selesa, tdk berserabut, tdk perlu berfikir akan releven nya sesuatu teori, tdk perlu mencongak akan tindak tanduk politikus yg sememangnya memeningkan (padan muka aku...sapa suruh pikir???)
  • sememangnya aku memerlukan kedamaian, seperti yg pernah aku alami dahulu...hari tampa sekatan polis dijalanan, hari tampa melihat polis bersama rifel di jalanan atau pusat membeli belah @ tempat tumpuan awam, hari tampa amaran terhadap rakyat yg 'ingin' memperjuangkan hak mereka, hari yg aku rasa amat selamat membiarkan anak aku bermain di luar tampa sebarang pengawasan, hari yg aku tak perlu memikirkan bagaimana ingin meneruskan kehidupan pada esok hari...
  • aku pasti ramai diluar sana juga sependapat dgn aku, apa yg kita inginkan ialah kedamaian, ketenangan, kesenangan, kemakmuran...bukan hiruk pikuk politik yang nampaknya tdk ada tanda2 akan surut, tp untuk apa???adakah hanya untuk menunjukkan siapa yg betul? atau siapa yg salah? atau siapa yg mempunyai penyokong yg ramai? atau semata2 untuk kepentingan diri? atau yg lebih malang lg kalau tujuannya utk menunjukkan siapa yg lebih pandai memperbodohkan rakyat jelata....

9 comments:

man_helang said...

nampaknya aku kene selalu 'bercutilah' selepas nih...tp org kata nak elak dr otak mati kene selalu berfikir, so nak banyak 'berfikir' kene selalu baca hal2 politik m'sia...erm...entahlah...

Desperado said...

Salam Man...

Betul la ko cakap...orang2 kat kampung semua lepak jer...tak de kecoh-kecoh...tenang...

melayuangkat said...

Assalamualaikum Man Helang,

Selamat Kembali Bertugas. Wah, bestnya cuti di Pantai Timur, Alhamdulillah. Yang Best sekali mestilah Nasi Dagang dan dapat pulak anak anak buah ahli keluarga terbaru. Inilah nikmat dari Illahi.

Kita semua mahukan ketenteraman dan Keselamatan. Buat dunia dan akhirat.
Tapi ahli Politik Malaysia buat kalut lagi, patutnya merekalah yang menteteramkan hal kebajikan kita rakyat Malaysia tapi sebaliknya.

Kalau sikit sikit keluar dewan Parliment, terjerit terpekik tak nak ikut order Yg DiPertua Speaker, elok letak jawatan sahajalah. Makan gaji buta sahaja. Kalau cakap nanti marah. Mentaliti macam budak tadika tapi nak jadi YB.

Bukan Yang Berhormat, tapi Yang Buat Jahat.

Cheguman said...

Betul Man, aku selalu menyesal lepas duduk depan pc 3-4 jam. Klu aku tidur lg baik. Sebenarnya aku jarang menulis di pc. Selalunya aku guna notepad dlm smartphone. Pastu transfer ke pc. Cuma aku rasa berbaloi klu jmpa blog yg ada nilai ilmu wlupun tak banyak.

Lepas ni klu balik kampung aku tak nak curi2 pergi cc lagi. Aku nak lepak macam nko!

Cheguman said...

Aku rasa mcm dah komen dlm posting nie (?) Nko delete ke atau aku yg silap? Oh, Nko tapis ye? Ala, bukak je Man. Jgn risau, klu ada yg buat tak senonoh kat blog ni, kita ramai2 godam dia. Tapi jgn benarkan 'unknown' bagi komen. Aku ada jawab komen nko kat waadat (Paklah dan org muda).

man_helang said...

salam semua...

terima kasih terhadap komen anda2 semua, memang bernas n nampaknya kita sependapat dlm satu perkara, kita semua mencari kedamaian yg semakin hari terhakis dr dlm hidup kita...mane nak carik ek???

kepada cheguman...hang punya pasai aku tak tapis dah lpas nih...

Akar Umbi said...

Alah man, kau ingat org kg diam dia orang tak tau. Cuba kau otek, kalau tak berjujai komen dia orang.......

kulatlapok said...

salam Man Helang,

Tapi kalu tak tengok blog dalam sehari lak,mengigil rasanya badan.. memang otak nak relak tapi kekadang tangan tu gatal je nak tekan keyboard...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam man...

seksa jugak org duk bandar ekk..ummi ni duk kpg jadi mngkin tak teasa sgt kesempitan org duk pekan..tapi duk kg pun skrg dah mula nak sesak nafas..

betol kata kulat..ni pun dah jadi penyakit..takleh miss intai blog..lagi2 kat blogspot ni..
dulu masa takde tenet kat rumah ni..hidup memang bertenag jek...bila dah ada..mak aihh rase masa tu tak cukup2..takleh tahan..boleh kata pc ni nak tdo baru dia off...pastu celik mata dah on balik..dah jadi macam kewajipan lak ..tv dah tak mandang sgt dah..

tapi takleh nak disangkal terlalu laju perkembangan politik kat negara ni tak dan nak rehat...tak dan nak bersantai setiap jam ada je kejutan2 baru..apa2 pun its fun..

wallahualam