Jul 17, 2008

KIsaH DOngENG...LemBU HItaM, LEMBu PUTih & SERIgaLA TUa

  • alkisah disebuah kg terdapat seorang petani yg sudah berumur setengah abad yg memiliki 2 ekor lembu iaitu si hitam dan si putih. Dia menggunakan kederat kedua2 ekor lembunya itu utk mengerjakan bendangnya yg luas selain sebagai alat pengangkutan...
  • si petani amat bertuah kerana bendangnya amat subur jika dibandingkan dgn bendang2 jirannya yg lain selain kedudukannya amat strategik, iaitu berhampiran sumber air dan juga menjadi laluan bagi peniaga luar untuk masuk berniaga kedlm kg nya dan kg jiran...ini menyebabkan jiran2 tanahnya berasa iri hati dan sentiasa mencari jln untuk menjatuhkannya...
  • selain itu si petani tersebut juga amat bernasib baik kerana memiliki kedua2 ekor lembu tersebut memandangkan ianya adalah dr baka terbaik dan amat sihat. namun begitu si petani amat menyayangi si hitam kerana sifatnya yg kuat bekerja dan seringkali dibandingkan dgn si putih yg dianggap pemalas, lemah dan lembab. kekuatan si hitam seringkali menjadi bualan ramai, sehinggakan kg2 sebelahpun mengetahuinya.
  • disebabkan si petani menganggap si putih lemah dan lembab bekerja, dia selalu memukul dan mengherdiknya setiap kali ingin menyuruhnya bekerja, dan si hitam amat berbangga bilamana rakannya diperlakukan sedemikian...
  • dlm pada itu, si petani tdk menyedari bahawa setiap mlm lembu2nya itu seringkali diintip oleh seekor serigala tua yg amat mendambakan daging lembu2nya. walaubagaimanapun, si serigala tdk berani utk menyerang lembu2 tersebut secara terang2an, memandangkan lembu tersebut terlalu besar dan kuat baginya...
  • pd suatu hari, akibat tdk tertahan lg dgn cemuhan dan deraan yg diterimanya dr petani, si putih pergi berjumpa si hitam dan merayunya agar tdk bekerja terlalu kuat, lagi pula mereka adalah bersaudara jadi utk apa mereka perlu bersaing???
  • bkn sahaja permintaannya tdk diendahkan bahkan si hitam bekerja dgn lebih kuat dan tekun, menyebabkan si putih makin teruk dibelasah oleh si petani...
  • sehinggalah pada suatu hari, si hitam telah jatuh sakit dan langsung tdk dpt bergerak walaupun telah teruk dilibas oleh si petani. hal ini disedari oleh serigala tua, lantas ia berkata2 dlm hatinya 'inilah masanya yg aku tunggu2 selama ini'...si hitam yg menyedari akan bahaya tersebut, cuba memohon pertolongan dr si putih, namun si putih juga tdk berdaya untuk mempertahankan dr lg, memandangkan dia amat letih kerana terpaksa memikul beban si hitam pula...
  • bertitik tolak dr kejadian itu, nasib si petani semakin berubah, dr seorang yg mewah dan senang kini menjadi miskin dan dia juga kehilangan sedikit demi sedikit tanahnya yg subur dan luas akibat diambil oleh jiran2 tanahnya, lagipun dia tdk lg mempu mengerjakan tanah tersebut memandangkan kedua2 ekor lembu harapannya telah mati dimakan serigala tua...

akhir kata dr aku, diharapkan kita semua dpt mempelajari sesuatu dr kisah ini...agaknya siapakah si petani? siapa pula si lembu hitam dan putih tersebut? dan siapa pula yg memainkan peranan sebagai serigala tua? tanah yg subur itu pula dimana? aku yakin pembaca semua amatlah bijak untuk menilai sendri kisah ini...

4 comments:

Cheguman said...

Kisah dongeng tapi...

Demang tak mau jadi lembu putih tetapi klu jadi lembu hitam pun tak elok juga.

Demang rasa nak hantar lembu-lembu tu pergi kursus kenegaraan.

Terima kasih Man atas sokongan plan permuafakatan Melayu.

hanis said...

pernah baca ini crita.. tapi d mana ya....? :P

melayuangkat said...

Salam Man,

Kesian Mak Cik dengar kisah lembu hitam putih yang tidak dihargai oleh tuannya, dan akhirnya semua jadi mangsa.

man_helang said...

salam semua...

demang...sama2, aku hanya leh menyokong, lg pun bende baik, kalau ko nak suruh aku usulkan kat mesyuarat parti tak dapek lah den nak nolong, pasai aku tak daftar mana2 parti, cuma aku sokong mane2 yg betoi, yang salah aku tibai ikut suke...aku berdoa usaha kau membuahkan hasil...

hanis...ko ni misti suke baca kisah dongeng kan waktu kekecik, tu pasai ko penah baca...

cik melayu...apa leh wat, memang selalunya begitu, yang malangnya nasib 'petani' tulah...tp si lembu2 tu pun silap gak...entahlah...