Aug 28, 2008
SeLamAt MenYaMbUT HaRI KemERdekAAn...SelAMat BerPuaSa..
Aug 25, 2008
'DitEguR...???'
Aug 22, 2008
BiArkAn DiA...NaK RasA SgT...
Aug 20, 2008
MaLaM JuMaaT...JuMpA MaYat...
Aug 19, 2008
PeNiAga daN KuaSA PeMbeLi...
Jumaat 2 minggu sudah aku tercari2 gerai yg menjual buah2an tempatan sekitar Tambun, Ipoh. Buah yg menjadi target aku ialah buah manggis, memandangkan isteri aku awal2 lg sudah berpesan supaya aku membeli buah tersebut sebelum pulang ke kl. Puas aku melilau mencari di gerai2 buah yg bersepah ditepi jln memandangkan sekarang ni musim buah, namun aku hampa...takde satupun gerai yg menjual buah yg bini aku idamkan, yg banyaknya buah rambutan dan durian...
Esoknya seblm blk aku teringat sebuah gerai yg terletak berhampiran dgn ofis...''mungkin dekat sana ade kot...'' kata hatiku. Sebelum itu, aku awal2 lg tlh menggredkan gerai tersebut 'B' memandangkan gerainya yg tdk berupa gerai. Hanya berbumbung pelastik rentang, beralas tanah.
Abg peniaga tu aku rasakan ank jati Perak, memandangkan slangnya yg pekat...terdapat juga peniaga dr bangsa cina yg meniaga berhampiran dan menjual hampir sama dgn pruduk jualannya, tp aku lihat dia tdk terkesan akn hal tu...setiba aku di gerainya aku mengucapkan syukur alhamdulillah kerana selain buah durian dan rambuatan dia turut menjual buah manggis, jd tak perlulah aku bersusah lg nak mencari ditempat lain yg aku sendiri tdk tahu tempatnya...seblm blk, bni aku sempat SMS meminta aku membeli juga buah durian, lantas aku membalas SMSnya...''nak suruh syg beli kat kl ke, kat ipoh???''...''mane2lah, kan sama aje, durian jugak...'' balasnya ringkas...
Aku lantas memilih 3 biji durian yg aku minta abg peniaga tersebut tebukkan kulit utk aku lihat isi dlmnya...setelah berpuas hati, aku membayar semuanya dgn jumlah RM 19.00. RM 5.00 utk 2kg manggis dan selebihnya harga utk 3 biji durian. Dlm perjalanan pulang aku berkira2 ingin singgah di Tanjung Malim mencari durian lg, memandangkan minggu sebelumnya aku terlihat ade gerai menjual durian di tepi jln tdk jauh dr UPSI. Dlm pd itu aku terfikir sejenak, alangkah bernasib baiknya aku kerana tdk mengikut perasangka awal utk tdk ke gerai abg tu, lg pulak aku rasakan harga duriannya juga agak mahal jika dibandingkan dgn harga di Tanjung Malim yg sekitar RM 2 ke 3 sebiji , tetapi apa akn berlaku jika aku tdk membeli di gerai abg td dan bilamana aku ke Tanjung Malim, disana juga telah habis duriannya? Memandangkan aku tdk boleh mengetahui masa depan adalah lebih selamat utk aku berbelanja sedikit di Ipoh sebagai back up plan...(lg plk harga durian di Ipoh memang sekitar tu...)
Aku juga berfikir adalah bodoh sgt jika abg peniaga tu ingin menipu aku dgn menjual brg dgn harga mahal namun kualitinya rendah, kerana sudah pasti dilain masa, aku akn mempengaruhi org lain utk tdk membeli di gerainya, dan lama kelamaan perniagaannya pasti akn lingkup. Namun bila kau pulang dan menikmati durian dan manggis yg aku beli bersama keluarga, isinya tetap sama walaupun agak berbeza rasanya (tdk fresh, mungkin dah semalaman jika dibandingkan durian di Tanjung Malim) tp hakikatnya abg itu berjaya memenuhi impian kami sekeluarga. Kepelbagaian buah tempatan yg ada digerai abg tu bkn sahaja memenuhi selera aku tp juga selera bangsa2 lain yg aku lihat juga tercari2 kelainan berbanding gerai2 lain yg sediaada.
Taksalah aku mencuba dan ianya terbukti berbaloi, kalau isteri aku masih lg merungut, lain kali aku akn mencari dipasaraya pula, di sana lg bermacam jenis buah aku boleh beli....Jadi sekiranya gerai2 lain inginkan pembeli yg cerewet seperti aku bertandang di gerai mereka, maka sewajibnya mereka juga mempelbagaikan produk jualan, jgn hanya sekadar menjual rambutan tetapi bercita2 menarik pencinta durian dan manggis...kalau aku, gerai seperti itu, aku hanya pandang dr dlm kereta sambil memecut gear 10.....
Aug 14, 2008
KIsAh SeRaM DiKaLa KelAmmmm.....
Aku kalau boleh tak mahu mendedahkan kisah ini utk tatapan umum, namun disebabkan moral dan teladan dr kejadian tersebut yg boleh dijadikan ikhtibar oleh semua, maka aku teruskan jua niat aku...kisah ini berlaku 3 tahun sudah....
**************************************************************************
Waktu tu aku baru nak blik dr berjoging tdk jauh dr 'banglo' lama abah, hari dah merangkak senja. Memang dah menjadi kebiasaan aku berjoging disana walaupun tdk lg tinggal di 'banglo' tersebut. Aku akn 'parking' kereta disana dan berjoging hingga ke tmn permainan yg terletak 3 kilo dr 'banglo' tersebut.
Aug 11, 2008
BaPa Ku KaKi BebEl @ BEngkeNg..(bHg AkhIR...)
SekaLI MaK BErbaHasA...
KeraNA KAwaN...18 SG
walaupun puas aku mengekplain kat dia, dia tetap nak gak aku promotekan...so aku promotekanlah gak kat cni aktiviti terbaru dia....MaRi MenTErnak LinTAh Air...(bkn lintah darat taw...) mana lah tau kot2 ade cikgu atau cikgi kat luar sana berminat nak guna lintah buat ekperimentasi kelas bio ke, takpun pakar penghalau hantu nak guna lintah buat penyedut saka ke...ye tak???
1. makhluk lintah 'bergurau senda' dibawah pokok kiambang...gambar diambil secara sulit oleh jurukemera paparazi....tahap pro...
2. tangan misteri menabur kpd makhluk lintah baja pembesaran, supaya membesar dgn sihat dan kuat...baja apa ko taruk tu bro...???
3. tangan misteri mempertontonkan baby makhluk lintah, tampa persetujuan ibu bapanya...eleh pakai glove ker...takkan geli kot, kata nak jadi penternak bijaya...itu baru pegang baby dia...4. makhluk lintah yg hampir capai umur akil baligh...
Aug 8, 2008
NAk Bg NaMa ApA EKk???
“Lelaki ke pompuan?”
“Ish mana ayg tahu…nape masa ‘check up’ bln lepas tak tanya doc?…syg gak kata nak surprise…’’
“Erm…kalau lelaki kita bubuh Muhammad Mikhail, mcm org Russia sket…tp boleh ke guna nama malaikat?”
“Boleh kot…hari tu ayg ada baca artikel dlm Utusan, bhg soal jawab agama, ustaz tu kata boleh…”
“Kalau pompuan…?’’
‘Ayg lah bg…’
‘Ish…syg nih tak baik tau, kecik hati dia…apa ingat dia tak dngar ker?’
‘Ala…bkn syg tak nak bg, tp syg tak retilah nak pilihnama pompuan, susah2 kita ikut cakap abah lah…dia nak kita namakan Siti Aminah tak pun Siti Aisyah bersempena nama isteri nabi katanya…tp syg tak berapa berkenan lah…bkn tak elok, cuma…ah..susah lah nak jelaskan…”
Sehari sesudah…
‘Kita nak bg nama apa ni?..Sat lg syg nak gi daftar dekat pejabat pendaftar kelahiran. Mcm mana ni…nama baby pompuan satu pun kita tak 'prepare' lg…’
‘Ala…syg tgk2 la buku2 nama pilihan yg kita beli tu…takkan dr beribu nama tak satu pun sangkut kot?..Kalau takde gak yg berkenan, syg belek tu kertas A4 yg ayg print nama2 baby pilihan dr internet…’
‘Huh…mcm nak buat tesis master gayanya nak carik nama anak…erm…syg kalau boleh nak carik yg pangkalnya huruf ‘A’, mcm nama kita berdua…tapi takde yg match la…’
‘Hah! Humaira…sedap gak nama ni, kalu tak silap syg nama timangan isteri nabi..kat depan kita taruk Fatin, mcm kiut jek gabungan tu, sesuai la ngan baby kita yg kiut nih…ye tak?’’
‘Erm…yelah…’
Sejam Selepasnya…
‘Encik tolong tulis nama anak encik di borang daftar kelahiran ni ye!!’
‘Erm…ok…Bismillah…Fatin Humaira binti A…’
Keesokan harinya...
‘Hello!!! Assalamualaikum!!! Kau kat mana nih?’
‘Walaikum salam!!! Ade ape abah? Saya kat R&R Behrang…nak balik ke Ipoh dah…’
‘Kau dah daftar blum nama anak?..Apa nama dia?’
‘Dah…FatinHumaira…’
‘Kau nih…kan abah dah pesan, taruk nama anak tu biar baik2 skit…kan elok pakai nama isteri nabi. Biar perangai dia pun sama mcm tu, jd anak yg solehah, isteri yg setia…kau bg nama panjang2 nanti esok2 dia kuat melawan ckp kau abah tak tahu…kau tanggung la sendiri….’
‘Tp abah…itu pun nama isteri nabi gak, Cuma bezanya nama timangan…’
‘Ahhh…mane ade, kau pandai2 je cakap…bla bla..’
‘Alamak…bapak aku dah start membebel lah…ah…taruk tepon dalam poket lah…dia nak bebel, bebel lah sengsorang…’
Sebulan selepas…
‘Hah!! mane dia ikan patin? Ikan patin…ooo…ikan patin…’
‘Entah…td ade, ingat si Jamil bawak jalan2 keluar kot…’
Enam bulan sesudah…
‘Fatin Humaira jgn tinggalkan atuk ye! Dah takde sape lg nak kat atuk nih, atuk dah tua..dah tak kuat, dah takde nilai lg. kalau Fatin Humaira pun nak tinggalkan atuk…sunyi lah atuk nanti…’
Hish..org tua nih, bila la masa aku kata nak tinggalkan dia…paling tidak pun aku cuma balik umah sendiri hujung minggu je…selebihnya aku kat Ipoh, bini aku memang stay ngan dia…
erm…nampaknya dia dah boleh terima nama tu…hati ku berbisik sambil ku tersenyum…
Aug 6, 2008
No TiTle...

hari nih otk aku amat kedekut nak mengeluarkan idea, otak aku runsing memikirkan meter diatas, menyebabkan idea suma menjauhkan diri...ade gak otak aku bersuara 'kan best kalau 'dia' kata akan kaji harga minyak dunia yg dah turun sekarang nih, tup2 mlm nih harga minyak betul2 turun...mcm 'dia' ckp ari tu 'harga minyak takkan dinaikkan tahun nih, tup2 mlm tu harga minyak naik...'
Aug 4, 2008
MUsiM...DAtanG LagI...
Bg yg duduk di kg pula, musim buahlah paling dinanti. Waktu nih buah jatuh golek depan mata pun dah tak heran, kalau tak…tgk gambar buah kat paper pun dah terliur mengalahkan tgk gambar selebriti hiburan…bila sebut buah tdk dpt tdk ‘raja buah’ msti tergambar dlm pala otk aku, bleh dikatakan rugi bg sesiapa yg tdk memakan buah nih, tp tekak memasing kan??? Bkn sume bende leh masuk tekak ye tak cikgi???
Musim tengkujuh, erm…musim yg membuatkan pak2 nelayan kita termenung panjang. Namun aku difahamkan, waktu ni mereka penuhi masa terluang tdk kelaut dgn membaiki jaring atau pukat2 yg rosak. Inilah juga masanya utk membaiki kebocoran pd bot2 mereka. Bg petani2, musim kemarau paling merunsingkan. Masing2 sibuk mencongak bekalan yg ada, cukupkah…kurangkah…bertahankah sehingga musim hujan yg berikutnya. Sempatkah padi dibendang dituai??? sesuaikah sayuran disemai???
Lain pula ceritanya kalau musim banjir tiba, biasanya tampa sebarang duga, berdesup…tau2 rumah dah tenggelam. Moh la kita pakat2 ke balairaya, yg dulu2nya lembu dan kerbau je yg singgah. Masa nilah kita nak lihat org yg dulu kita bubuh pangkah kat ‘muke’ dia ade tak hulur beras segantang dua, susu secukup rasa, gula pemanis kata, garam penambah selera atau sekadar datang puas berpayung, pengawal berpuluh hurung…apa yg mereka takutkan???
Apapun aku rasa musim yg satu nih musim 'paling panas’, bahkan ‘bakal’ paling ‘kotor’. Hah! ‘time’ nilah nak carik duit lebih, paling koman pun biskut merie, tak pun megie beserta kain sarung barang sehelai dua (kain kapan tak pula nak bg…), musim yg baru lps, mertua aku seisi rumah dpt RM 200, pakat2 kumpul 1 kampung…lepas la duit belanja kenduri kalau2 ‘menang’ nanti…tp sayangnya musim yg akn dtg nih kecil aje skala nya, ‘bahangnya’ tak sampai ketempat aku pun…alhamdulillah selamat…
Aku lebih berminat nak cerita musim cuti sekolah…erm…bg cikgu n cikgi diluar sana yg tak terikat sebarang aktiviti sekolah mahupun seangkatan dgnnya, inilah peluang terbaik utk beristirehat bersama keluarga tercinta. Aku tahu tugas anda mendidik anak bangsa bukanlah tugas enteng, walaupun kadangkala dilihat terlalu mudah, namun tanggungjawab yg harus dipikul amatlah tinggi...jenerasi pemimpin masa depan terletak dlm tangan anda. Aku selalu baca, bilamana sese org pelajar itu mencapai ‘standard’ piawaian yg tinggi, dia selalu dipuji. Seringkali ditanya…apa yg dimakan? mcm mana ulangkaji? waktu dlm tandas baca buku tak? tak tidur ke? sampaikan terbit teori2 karut…’sy rebus buku nota tiap2 mlm jumaat, lepas tu minum, amalkan 1 bln seblm peksa…’ (aku gerenti bengap…) malangnya tak seorangpun bertanya siapa cikgu @ cikgi bdk2 itu? tp cuba kita lihat jika bdk tersebut gagal, secepat kilat jari2 akn menuding ke arah cikgu @ cikgi mereka…tak pandai ngajarlah, kaki tidurlah, kuat mkn lah…ahhh…mcm2 lah. Aku doakan kamu2 kaum pendidik dianugerahkan semangat waja, tabah dan penuh istiqomah dlm meneruskan perjuangan dan tanggungjawab yg dipikul…
Bila kita ckp tentang musim cuti sekolah, secara tak langsung musim kenduri kahwin turut menyusul, bg kawan2 aku diluar sana…hasri, fauzi n arin, aku doakan korang akn berbahagia selamanya, bg yg belum berkahwin aku doakan korang akn cpt bertemu jodoh…bg teman2 cyber aku pula, makcik melayu, chegu man, chegi yanaz, chegi ojie, desperado, denanz, tok harimau, azlan, azli, uxop, rahimin, dzul, ira, generasi, alif n lain2 mana yg dah berkahwin aku doakan korang berkekalan dan mana yg belum carilah pasangan anda yg anda rasa ideal utk anda. Aku percaya ‘kumbang bkn seekor, bunga bkn sekuntum…’ dan ‘patah tumbuh hilang berganti’. Pesan aku walau sehebat mana badai yg tiba atau ribut yg melanda kita semua, ianya pasti akan berlalu pergi membawa segala duka…
Buat mereka yg kadangkala tdk sependapat dgn aku, aku tegaskan disini aku tdk sesekali kata anda salah dan aku betul, apa yg aku katakan hanyalah sekadar pendapat sahaja, bg aku ‘when the water runs dry, we will see who’s swimming naked…’so kita tunggu dan lihat, mungkin telahan aku salah…anda betul atau sebaliknya…
Aug 1, 2008
BapA kU KaKi BeBel @ BeNGkeng...(BhG 2)
Akulah anak kecil yg selalu membontoti abah walau kemana dia pergi…ke hutan aku akan redah malah ke sungai, bahkan kelembah dia takkan terlepas dr pandangan mata ku. Walaupun aku acapkali di bebel oleh abah disebabkan sikapku yg degil dan samberono, namun tdk pernah aku mengambil kisah akan bebelannya, bahkan bertambah degil pula sikapku…
Memasang jebak!! ya…!! Itulah aktiviti ‘peberet’ aku, aktiviti yg menjanjikan kepuasan maksima. Abah memang cekap membuat jebak. Burung…??huh!! boleh dikatakan blum pernah terlepas dr jebaknya . Tdk pula aku bertanya dr mana dia memperoleh kepandaian tersebut, namun yg pasti bkn dr internet mahupun jalur lebar yg ‘bersepah’ sekarang…
Abah bkn sahaja hebat menangkap burung, malah bijak 'memerangkap' aku utk meminta bantuan…aktiviti yg dijanjikan hanya akan tercapai bilamana aku selesai membantunya di kebun. Alasannya…pokok bertam, bhn asas membuat jebak tdk terdapat di persekitaran rumah kami, hanya boleh didapati berhampiran kebun. Apa yg membuatkan aku begitu lemah dan malas ke kebun ialah kerana terpaksa meredah hutan tebal selama hampir 2 jam sebelum tiba di kebun, yg terletak betul2 dikaki cawangan Banjaran Titiwangsa. Abah kata di sebalik bukit itu terdapat sebuah empangan yg airnya digunakan oleh penduduk sekitar Negeri Selangor (sekarang terdapat trek jln kaki utk pelancong, pemandangan dr puncak bukit amat mendamaikan terutamanya diwaktu pg dan petang, namun kesejukannya dah semakin berkurangan disebabkan aktiviti penerokaan hutan).
Semangat yg hampir hilang segera abah bangkitkan dgn membenarkan aku membawa parang, huh! bkn kepalang gembiranya…dgn parang yg tersemat dipinggang aku melangkah gagah, persis gaya lubalang menuju ke medan juang. Habis pokok2 renek dan senduduk yg melingkar disetiap perjalanan kami, aku cantas kiri dan kanan, sambil2 tu aku menggayakan gerak tari silat yg ku tonton dr tv hitam putih milik abah. Jelas tergambar di ruang mata, aktor kegemaran...Eman Manan yg berlakon dlm siri Pendekar Kundur…abah…erm…mula risau melihat ku, takut aku tertebas betis sendiri.
Selesai menebas dan merumput, seperti yg dijanjikan kami akan mencari pohon bertam. Dusta bkanlah sifat abah, memang terdapat banyak pohon bertam disana, tumbuh meliar, daunnya hampir sama dgn pokok kelapa cuma pelepahnya berduri, itulah sebab abah menyuruhku berhati2. Mengikut perkiraan abah 6 btg pelepah cukup utk membuat 1 jebak, tp sengaja aku lebihkan, takut kalau2 ade pula yg patah, taklah terbantut niat ku nanti…pelepah tersebut akn dipotong mengikut panjang yg dirasakan sesuai. Kulitnya akn diraut utk dijadikan dinding, manakala empulurnya pula sebagai kerangka.
Selalunya abah mengambil masa, kurang lebih 3 jam utk menyiapkannya. Jebak yg siap mempunyai 2 aras, aras atas sebagai perangkap (didalamnya akn diletakkan pisang masak bercucuk cili merah sebagai umpan burung), bahagian bwh pula akn diletakkan burung pemikat (burung pertama yg ditangkap akn dijadikan burung pemikat). Kami pula akan ‘menyorok’ dan menanti dgn penuh sabar….tap…bunyi jebak mengene…
Masa tu puas juga aku meratah daging burung goreng, yg aku masih ingat spesis burung merbah paling kerap mengene, yg lain tak pula ku tahu namanya. Kalau kami dpt menangkap burung but-but pula, abah akn jadikan minyak urut, spesis itu amat jarang didapati, minyaknya bolehlah dikatakan mujarab (seeloknya minyak anak burung tersebut katanya) entahlah…tp blum pernah aku dengar ‘customernya’ komplen setiap kali mereka dtg mengurut…
__________________________________________otk dah kering…sambung lain kali ah…mcm bosan jek baca (next chapter…aku kasi ending)