Jul 31, 2008

BapAKu KAki BEbeL @ BeNGkEng...(BhG 1)

Tulisan ini kutujukan khas buat bapa ku…maaf bkn tujuan aku utk memperkecilkan abah, jauh sekali utk menghina atau menidakkan jasa2 abah yg menggunung. Tetapi sebagai titipan yg membuktikan bahawa abah, adalah seorang ayah yg penyayang dan amat mengambil berat akn hal2 kami adk beradik…

Jika ditanya kpd kakak2 mahupun abg2 ku, tdk dpt tdk mereka pasti bersetuju dgn tajuk entri aku kali ni…aku rasakan tlh menjadi suratan bahkan tlh termaktub di Loh Mahfus, tatkala roh ditiupkan kedlm jasadnya bahawa itulah watak yg harus dia pikul samaada suka atau tdk, supaya kelak ank2nya membesar dgn didikan dan asuhan yg sempurna…

Dari kakak yg sulung hinggalah aku yg bongsu, tak seorgpun yg blh terlps dr bebelan abah, hal ini sememangnya diakui. Selalunya apa yg abah bebelkan akn kami warisi turun temurun, maknanya apa yg abah aku pernah bebelkan pd kakak aku dlu, aku juga bkl merasainya, jd secara tak langsung akulah yg paling ‘bertuah’ kerana ‘dibekalkan’ dgn tip2 utk menepis segala bebelannya…yg abah paling ‘favorite’ bebelkan ialah hal pendidikan kami semua, dia amt takut jika kami ketinggalan dlm pelajaran, bgnya ilmu adlh segalanya…

Aku blh dikatakan setiap hari ‘bersarapan’ bebelan abah, yelah cukup liat utk bgn ke sekolah, lebih2 lg kalau sekolah sesi pg. Ini semua kerana keenakan tidur di ‘banglo’ papan beratap zink ‘milik’ abah yg terletak diatas bukit, berlatar belakang Banjaran Titiwangsa. Waktu pg masa itu dah mcm musim dingin di ‘menceste’, cuma bezanya di situ tiada salji, tp sejuknya boleh sampai ke tulang hitam.

Sumber air, kami gunakan perigi yg abah gali sendiri, jaraknya dr rumah lebih kurang 50m, biasanya abah akan membuat alur kecil dr mata air berdekatan utk mengairi perigi kami supaya tdk kering, air ‘besi’ memang tiada langsung. Kuasa elektrik pula hanya bergantung pd bateri sel basah yg abah akan hantar ke bengkel utk di cas setiap 2 hari bila ‘powernya’ dah semakin berkurangan, dlm tempoh itu kenelah kami menggunakan pelita ayam, buat penerang mlm…bg mengelakkan digigit nyamuk pula, mak biasanya seblm maghrib akn membakar sabut kelapa, utk dijadikan unggun dibawah rumah (asap tebal unggun sabut mampu menghalau nyamuk katanya…), namun disebalik semua kesulitan ini, abah amat bersyukur kerana dikurniakan seorang majikan yg amat memahami...terima kasih Tan Sri, kerana membenarkan kami menumpang teduh di sini, akan kami bls jasamu dgn menjaga tanah ini sebaiknya…

Menjadi rutin aku untuk bangkit jam 6 pg (walaupun liat asalnya) utk solat dan bersiap ke sek. Tpat jam 6.30 aku akn menapak ke perhentian bas yg terletak kira2 2 kilo jaraknya. Kehidupan aku di sek. tiada bezanya dgn budak2 lain, cuma aku agak kurang bergaul, mungkin disebabkan itulah guru kelas aku menggredkan aku ‘C’ dlm pergaulan, aku lebih suka menyendiri. Jika terdapat aktiviti ‘koko’ di sebelah ptg, aku akn ‘berkampung’ di sek. hingga jam 7. Selps itu kenalah aku naik bas dan menapak lg utk blk…(mungkin nasibku sedikit berbeza jika berpeluang belajar di kelas 2 Merah atau 2 Hijau yg ‘femes’ tu…(sorry chegi S.Yanaz aku ‘pinjam’ klas ko kejap)

Aku paling tak suka jika terpaksa pulang lewat senja, paling aku serun bla terpaksa melalui kwsan htan, disebabkan kwsan ‘kejiranan’ aku masih lg ‘mengekalkan’ status belantara…bermcm jenis kisah hantu yg bermain didlm kotak fikiran ketika itu. Masa tu buku Siri Bercakap Dengan Jin tulisan saudara Tamar Jalis amat laris dipasaran, kakak seringkali membacakannya utk aku adk beradik selepas waktu maghrib, dgn gaya bdn beserta intonasi suara yg digaraukan bisa membuat aku tdk senang duduk, akibatnya dia juga yg menjadi mangsa peneman kalau aku ingin ‘berhajat’ diwaktu mlm…tp aku kira bernasib baik, kerana blog menerungpaya kendalian saudara Dzulkarnain blum lg wujud, jika tdk aku pasti terkincit setiap kali pulang sekolah lewat senja, takut2 disakat oleh hantu senjakalanya…(soriii bro, aku pinjam entri ko plak…)
_________________________________________________________cont....

***next chapter aktiviti best hujung minggu bersama abah…

Jul 29, 2008

HinDUStan PUnyA PAsAi...

Aku tahu ramai diluar sana meminati filem2 hindustan, bahkan juga ade yg turut tergila2kan pelakonnya. Suatu ketika dahulu, tatkala filem hindustan tgh hangat dipasaran umpama pisang goreng, tdk dinafikan aku juga salah seorang peminatnya… (tapi taklah smpai tahap memuja ataupun nak berlaga pp bila berjumpa dgn mereka…berlaga hidung jauh sekali)

Sewaktu aku duduk di hostel dlu, bila ade tayangan perdana filem hindustan di dewan kuliah…tak bertangguh kami semua msti serbu…lain plak ceritanya kalau ade mamat2 tabligh dtg bilik ajak turun surau dgr tazkirah, mecicip kami lari, kalau bleh aku yg duduk tingkat 3 time tu, nak di lompatkan aje dr tingkap, biarkan tertiarap dibawah, namun diajak kesurau jgn sekali…begitu punya teruk perangai aku ble tgk bdk tabligh, umpama melihat hantu langsuir gayanya…tp yg nyorok bawah katil pastu kantoi lg hina, ade plak yg duduk bwh tilam yg ditimpa2 ats bdn (tak gerak2…jd pelakon mayat memang sesuai mamat nih), buatnya bdk tabligh tu bg ‘ceramah’ kat member2 yg tak sempat lari tu setengah jam, hah! maunya berpeluh ketiak, silap2 bleh mati ‘syahid’ ko kat bawah tilam tu…
(tilam hostel tebal, baunya toksah kate…aku taruk cadar 3 lapis pun masih tak ilang bau…bau cagu kaki lg harum sundal malam), aku punya port nyorok biasanya dlm almari...habis punah almari papan lapis tu aku kerjakan...

Rega tiket time tu baru RM 1.50, tak jd hal bg kami yg ‘kaya meminjam’ nih, yelah apa lah sgt jika di ‘kredit’kan ke pinjaman PTPTpu yg kami dapt (kalau bab beli kertas A4 buat assignment yg rega 70sen bekira yg amat…), biasanya tayangan pukul 9 mlm, kata penganjur bg menghormati waktu isyak…ceh!!! konon, aku tgk sebelom suboh lg deme2 sume dah p beratur…gile babi betul…(eh! tu bratur masuk kuliah kot…gile tertib…) geng2 kahap biasanya tak beratur, mereka selalu buat kecoh kat belakang sebagai ‘umpan’, pastu yg lain susup sasap masuk bila ‘gate boy’ termakan ‘umpan’ mereka…alih2 dah ade kat ‘saf’ paling depan (ceh!! kate geng kahap, tp tgk filem hindustan, siap bawak tisu plak tu…pirah mabuk…). Aku pnah la sekali tgk filem ‘Diwale Dulhaniya Lijayingge’ dgn ex aku, sampai skang aku takleh tgk cite tu blik, sedih gle….

aku ingat lg, habis sume member2 aku duk bergosip hal2 hindustan aje dlm kelas, ade plak tu siap bleh speking hindi lg…aku tak paham ape pun, yg aku faham ‘meranam bachan…nehi2 carunghe’…ha ha ha, nak nyebutnyapun dah tergeliat lidah, nasib time tu kelas bahasa hindi takde lg, kalau tak grenti penuh, silap2 kene wat dua sesi, mcm sekolah rendah…

Ble dah kawen, sesekali ade gak aku lyn cite hindi ngan bni aku, penah aku lyn cite K3G (Kabhi Kushi Kabhi Gham), aku tak amik pot sgt hal cite, sesekali aku beborak ngan dia yg tgh konsentrate menonton di depan aku, tp bla dah sampai pertengahan cite, dia mula diam, lutut dirapatkan kedada, dagu plak ditupang ats lutut, aku mula syak sesuatu bilamana pertanyaan aku tdk berbalas, aku pon apa lg usha la slow2…aku perati ade manik2 halus di pipi, tu blom lg dlm mata yg dah bergenang, tunggu nak melimpah jek…kalau ditadah maunya secawan penoh…aku punya gelak sakan, bini tak bini, kalau aku kutuk rapatttt, tak bg can punya, 3 hari dia merajuk ngan aku, terpaksa aku nyanyikan lagu Udit Narayan dan Lata Mangeshkar utk memujuk, nasib tak disuruhnya aku guling2 ats padang sambil2 tukar baju, kalau tak naya bdn aku kene gigit tungau tak pun kene samak bila kene gigit kutu babi (mcm dlm cite p.ramlee tu…) akibatnya, sampai skang dia tak nak lg tgk cite sedih ngan aku…takut kene gelak katanya…

Skang aku dah tak lg tgk cite hindustan, pasai dia punya cite dr aku kecik sampai la ni tak pernah berubah, asyik2 kisah cinta yg terhalang, kalau tak si pompuan yg kaya si lelaki yg kaya, kalau tak si keluarga pompuan yg halang percintaan, si keluarga lelaki la yg halang, last2 mesti jd gak mereka kawen (biasanya kawen lari…) tu pasai dlu ramai sgt anak dara kita nak berkahwin dgn kaum sebangsa mereka (bangla n pakistan mari…) ingat syok sgt ke??? skang nih kita leh tgk kesannya, ramai yg ditinggalkan, yg paling teruk jd hamba ditempat mereka…mcm yg terjadi baru2 ni, nasib dpt bwk lari ke Malaysia balik…bkn niat aku nak kutuk bangsa mereka…tp aku rasa ‘hanya jauhari yg mengenal manikam’…so ape agak2nya maksud peribahasa itu???

Jul 25, 2008

To My LOve...

.esk genap usia ank perempuan ku 1 tahun...alhamdulillah dia membesar dgn sihat, cuma kadang kala blamana dia dmam dan batuk bisa membuat aku laki bni tak tdur mlm, resah dan gelisah...lebih2 lg jika dia hilang selera mkn, hati aku memang takkan tenang melihat dia semakin cengkung, akn aku usahakan mencari ubt yg terbaik utknya...
.tarikh esk, setahun yg lepas aku masih ingat lg, hampir 12 jam isteriku bertarung dgn kesakitan, aku pula bertarung dgn perasaan, sekejap2 aku intai di celah pintu bilik bersalin, berdebar dan berdoa akn keselamatan mereka berdua...aku hanya berpeluang melawat sekali isteriku seblm dia bersalin, sewaktu air ketuban sudah dipecahkan, jelas oleh pendengaranku degupan jantung anakku dlm kandungan tatkala aku melangkah masuk...terpampang di muka isteriku riak2 kerisauan dan ketakutan...aku cuma mampu menggenggam tangannya lantaran aku kehabisan kata2 utk diberi sebagai azimat...
.tepat 2.30 pg, bayi perempuan yg cukup sifatnya, montel fizikalnya, 3.8 beratnya selamat dilahirkan di HKL, disambut oleh tgn2 mulia...terima kasih buat mereka, doaku agar kamu semua dirahmati Allah...aku bergegas ke blk wad, namun tdk dibenarkan masuk, lantaran isteriku masih belum siap dibersihkan, lantas ketua jururawat mengarahkan aku utk pergi melihat baby terlebih dahulu...
.aku dah bergelar ayah, hampir2 menitik air mataku...itulah perasaan pertama tatkala aku menatap wajah comelnya, ingin sahaja aku dakap namun aku khuatir tangan2 kasarku akn menyebabkannya rasa tdk selesa...lantas aku cuma tunduk mencium pipinya, melafas kalimat qamat di telinga kirinya, agar nanti dia merasa tenang mendengar kalimat agung tersebut...
.2 bln yg lepas, sewaktu aku menalifon isteriku dirumah, ankku berada disebelahnya...sibuk nak merampas talifon dr tangan ibunya, lantaran itu isteriku membuka pembesar suara bg membolehkannya mendengar suaraku...sememangnya aku terhibur dgn keletahnya yg semakin 'nakal' dan lasak...
.secara tak sengaja aku terdengar anakku menyebut ''bu...bu...'' beberapa kali, lantas isteriku menjawab ''ye...'' aku terkedu...tak pasti pula aku apa maksud kata2 anakku itu, itulah ayt pertama yg jelas aku fahami, walaupun mungkin bkn itu yg dimaksudkannya...lantas aku bertanya ''fatin humaira...takkan ibu jek...ayh mane???''
.isteriku dgn nada berseloroh berkata...''fatin humaira ckp kat ayh, suruh ayh blk dduk cni dlu, baru blh panggil ayh...''sayu aku mendengarnya, aku tahu aku gagal dlm memberikan mereka kasih syg yg sepenuhnya, disebabkan aku terpaksa tinggal berjauhan...waktu utk mereka bersamaku hanyalah dihujung minggu...namun aku bersyukur kerana di anugerahkan Allah wanita setabahnya, yg sanggup bersusah utkku....
.nampaknya kenelah aku berusah lebih gigih bg membalas jasanya...insyaallah selagi diberi tenaga dan kesihatan akn ku cuba sedayanya utk 'membayar' segala jerih perit isteriku melahirkan zuriat buat penyambung warisku kelak....

Jul 24, 2008

Eh!!!...MCm KeNai La...


  • hujung minggu lps, aku ke pasaraya NSK kat selayang. Bni aku nak bli bahan buat kek coklat yg ditempah rakan kami (kalau korang nak tempah pun bleh...ceh sempat promote tu...). Dlm perjalanan blk dia ajk aku singgah di kedai biru, tak jauh dr rumah aku, lapar katanya. Aku plak dah ujung2 bln nih, bila time ajk mkn luar secara 'automatiknya' perut jd kenyang, aku ingat poket aku dgn perut nih ade 'pertalian saudara', tau2 jek masalah memasing...
  • walaubagaimanapun aku penuhi jugak permintaan bni aku, yelah bak kata pak ajis dlm Ali Baba Bujang Lapok 'sape tak sayang bni oiiii!!!', memandangkan parking didepan food court dah padat, aku membelok kekiri, parking dihadapan rumah kedai bertentangan dgn food court tersebut...
  • waktu aku keluar dr kereta, ade sorang mamat tinggi2 kurus, pakai cap (ala2 jambu muke dia aku tgk...)berjalan menuju kearah aku, aku pandang dia, dia pandang aku balik dan nampak mcm dia senyum tak ikhlas, aku cepat2 kalih ke tempat lain, yelah mamat kalau marka dah lama aku aktifkan ilmu panahan arjuna yg bapak aku turunkan dlu.
  • aku bkn apa, dlu pernah sekali aku 'teraktivatekan' tampa sengaja, alik2 awek tu jd bni aku sekarang, sebab tu aku tak berani lwn pandangan dgn mamat tu td, kang tak pepasal...isk...tak sanggup aku bayangkan, nanti masuk 'front page' Metro naya plak, dah kene nyusahkan bni aku buat akuan bersumpah, lg plak aku tak kenal mane2 ahli politik utk mengadu hal....
  • dlm kedai, bni aku pesan ikan kembung masak pedas, tomyam campur, nasik putih satu dan air fresh oren sambil senyum2 kat aku...'eh pompuan nih, bkn main selera plak...selalu kat umah mkn nasik lauk kicap ok jek...nasib baik bni...'aku cuma pesan air tembikai (sian kat aku...), sambil2 tu otk aku masih teringat kat mamat td...aku mula risau, peluh dah memercik didahi, jantung mula berdebar...seingat aku dia tak sentuh aku pun td, kot2 la dia calit minyak dagu kat aku...ish...tak mungkin kataku, tp kenapa ye aku mcm penah nampak muka dia, femes2 gitu...
  • dlm pada bni aku berselera mkn barulah ingatanku kembali pulih...ooo...aku senyum sambil berkata kat bni aku separa kuat...'mamat tu Bang Chik rupanya...'bni aku plak ckp...'patutlah dia pandang2 ayg waktu kuar kete td...'tp dia tak cam...aku plak nasib tak nampak dia usha bni aku, kalau tak...tak pepasal bergasak td...hu hu hu...
  • jd nak mengurangkan rasa bersalah, aku carik dia blk lps abis mkn, tp dia dah takde...memang suke buat magik dia nih, keje ngan David Coperfield kot...

ps: abg aku nih, waktu aku kecik dia lari dr umah...bkn lari 100x100 atau larian berganti2 utk sukaneka, tp betol2 punya lari, 2, 3 tahun tak blk2, cuma skang nih dah ok sket, tp aku plak jarang jumpa dia walaupun dia duk dekat area umah aku, tu pasal aku tak cam dia, so bkn salah aku la...

Jul 23, 2008

PenAT...PEninG...MUak...

  • ari nih aku betul2 penat...luaran & dalaman...
  • dalaman seperti biasa...otak aku tak pernah berhenti berfikir akn hal2 politik (sepatutnya memikirkan hal2 ketuhanan adalah lebih baik...), celik mata aku akan layari blog2 yg kebanyakannya dikatakan sbg penyebab kpd kejatuhan 'rejim' islam hadhari (walhal apa yg disampaikan disini ade jugak benarnya...)
  • luaran pula...aku sekarang diasak dr segenap arh oleh main con. supaya menyiapkan segala kerja2 berbaki pd 26hb...(bg aku adlh mustahil utk dicapai)...namun begitu dlm 'progress meeting' yg lepas, aku jgak yg menyatakan kesanggupan utk cuba merialisasikannya...itupun bg mengelak dr belakang aku di 'sula' & menjadi udang panggang, maka otak aku 'memfatwakan' adlh 'wajib' utk aku memberi 'gula-gula' agar mereka 'terleka' buat seketika, & aku blh mengambil nafas mencari 'helah' yg baru...
  • pg ini aku sekali lg tdk dpt tdk terpaksa mengadap PM (Project Manager bkn Perdana Menteri) bg memanipulasi plan2 yg berlegar dlm otak, yg di rancang semenjak dr lps mesyuarat...aku harus bijak mengatur ayt agr 'dilihat jjur', wlaupun hakikatnya aku pening mencari helah bagaimana utk aku melepaskan dri...
  • jd utk mengelakkan dr PM itu berteriak sprt 'beruk' ataupun bersifat 'kebinatangan' maka aku mencari jln tengah, iaitu meminta diberi masa tambahan 'sudden death...' sehingga hjung bln ini...yg mana aku rasakan tarikh tersebut lebih 'relevan', namun begitu dia bertegas bahawa tarikh akhir adlh sprt yg dinyatakan...
  • olh itu adlh tdk wajar utk aku membebani otak aku dengan hal2 semasa yg memuakkan...bkn apa aku takut aku tdk lg dpt memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja2 aku, lg pulak aku rasakan di luar sana tlh ada ramai pengulas2 dan pengkritik yg hebat...
  • aku juga tdk sanggup kehilangan kawan2 aku diluar sana hanya semata2 terdpt sedikit perbezaan pendapat, yg bg aku terlalu kecil nilainya utk dikorbankan dgn erti sebuah persahabatan (org kata dunia ini terlalu kecil utk di isi dgn kebencian...)
  • aku seringkali terperangkap, adakalanya aku rasakan apa yg aku nyatakan itu betul, namun bilamana aku melihat dr sudut lain ataupun ditemplak oleh 'penyokong lawan', aku jga melihat kebenaran dlm kata2 mereka...so bagaimana harus aku membuat penilaian yg tdk berat sebelah...
  • aku juga acapkali menghembur kata2 kesat jika ada yg berbeza pendapat dgn aku, namun ayah ku pernah berkata sewaktu kami bertengkar (hal ini akan aku ceritakan di dlm posting yg lain...) bhw baik buruk, untung nasib seseorang itu bknlah hak kita utk menentukannya...sekiranya aku yg sekerdil ini pun seringkali terkhilaf dlm membuat andaian dan penilaian, bagaimana pula halnya dgn mereka diatas tu???
  • adakah kita benar2 memahami situasi mereka??? adakah pemikiran kita serupa atau selayaknya dibandingkan dgn mereka??? adakah plan tindakan yg kita cadangkan bertepatan dgn situasi dan kondisi yg mereka harus hadapi??? & yg lebih penting adkh bilamana kita berada di tempat mereka kita akn lakukan sprt yg kita sekarang ini war2kan???...kita harus sedar sesungguhnya tuhan menciptakan setiap manusia itu berbeza....
  • jd sekarang adlh masa yg tepat utk aku 'singgah' di R&R bg merehatkan minda aku yg semakin bercelaru...cukuplah sekadar memerhati, meneliti gerak & tari menilai & menjadi juri hanya utk tdk lain selain diriku sendri...

Jul 22, 2008

TiP JImaT KOs UTk COmpaNY...

  • bg menyahut seruan kerajaan supaya berjimat cermat aku cadangkan kompeni2 (terutama kompeni kecik dan dah nak gulung tikar...) supaya buat seperti gambar dibawah, bukan sahaja jimat bahkan kos pembinaan juga adalah minima...hu hu hu

***work station... 'dilengkapi' computer flat screen...cenggih siot...boleh digunakan 'menyebar fitnah' dan 'menjatuhkan kerajaan'... (boleh pilih sebarang jenama ikut suke)



***adjustable seat...disersertakan tempat penyandar yg menyelesakan, sesuai untuk bekerja lebih masa bg 'menambah' pendapatan keluarga...




***kabinet file...ruang yg besar, sesuai untuk menyimpan berkotak2 file 'sulit' (kapasiti lebih dr 6 kotak)



***frezer sejuk beku...kedap udara dan habuk, sesuai untuk menyimpan 'cecair' dan barang beku, barang simpanan gerenti tdk mudah rosak walaupun untuk 2000 tahun (setakat 10 tahun tak jadi halnya...momantai...)



***bilik pantry...tempat penyediyaan 'gula2', 'soal siasat' pekerja baru, mengambil 'sample ujian' (penggunaan bilik dijamin selamat, 'kekerasan' tdk dibenarkan memandangkan bahan komposit dinding terlalu lembut, 'telus' (tingkap utk menjengok disediakan...) 'rahsia dijamin'...(segala percakapan di dlm dirahsiakan melainkan pengguna 'membocorkan' sendri kepada khalayak ramai...)


***dan tip yg terakhir yg ditunggu2 org ramai ialah.......jeng jeng jeng (muzik latar yg seram2 kuku...)



***power box....penggunaannya gerenti menjimatkan tenaga elektrik, boleh menjimatkan sehingga 100% tenaga, so pengguna tak perlu risau akan kenaikan harga bahan api dan tarif letrik yg terbaru...bg pengguna IPP juga tak perlu risau, sebab subsidi disertakan...

Jul 21, 2008

BoS...OH...bOS!!!


.arghh...pening pale aku hari nih...aku diminta oleh bos aku untuk memberi tanda aras (level) yg diminta oleh 'sub-con' aku...yg memeningkan aku ialah aku takde 'tripod', so..mcm mana aku nak pasang 'dumpy level'???
.puas aku mengemis kat opis 'main-con.' meminta ehsan mereka meminjamkan aku 'tripod', haram dia org pun takdak...pas tu aku g plak menagih simpati kat opis 'consultant', sekali lg aku dikecewakan...'last2' aku ckp kat 'supervisor' aku...'wan..., kita belasah jek la..., kite 'tempek' la 'dumpy level' tu kat mana pun, janji aku leh bg 'level' yg di org nak tu...
  • aku rasa kalaulah 'licence surveyour' ataupun persatuan 'engineer' malaysia tengok aku wat keje, aku gerenti mike2 sume tangkap nangis sedu sedan...apa tdknya, sepatutnya aku gunakan 'tripod' sebagai asas 'dumpy level', ini tdk...aku guna 'concrete sum' sebagai ganti, pastu bila nak amik 'level', kene plak meniarap (pasai 'concrete sum' rendah sgt...) dah mcm askar pencen plak aku rasa...tp aku tak dulik, janji aku dpt bg 'level' yg d org nak dan keje dpt di teruskan, mcm mana aku wat sub-con aku tak perlu tahu...

***apa yg aku cuba sampaikan ialah...kita jgn sama sekali memberi alasan tak boleh (sememangnya apa yg aku buat salah dr segi peraturan...) seharusnya kita melakukan sehabis boleh bg menjalankan amanah @ tanggungjawab yg diberi, walaupun pd hakikatnya adalah mustahil untuk kita capai...

  • cthnya bilamana bos aku memberikan arahan kepada aku supaya aku menyelesaikan masalah tersebut adakah boleh aku berkata TIDAK pada dia??? jika aku berbuat demikian nescaya, takyah tunggu sampai TENGAH TAHUN 2010, esk gak aku akan dapat 'termination letter', bg dia...dia tak mahu tahu bagaimana aku buat, cuma resultnya sahaja yg penting, so terpulanglah dgn KEBIJAKSANAAN aku utk 'menyetelkannya'...
  • satu lg persoalannya ialah...anda semua bleh melihat bagaimana situasi aku, tdk salah jika aku mengatakan TDK BOLEH, tetapi pokoK pangkalnya adakah alasan itu AKAN DITERIMA? aku juga tdk mahu mengambil risiko di 'DOWN GRADE' oleh bos aku...
  • siapa diluar sana yg cukup berani melawan @ menidakkan kata bosnya??? terutama sekali dlm keadaan EKONOMI SETERUK sekarang, bila2 masa dia boleh MENENDANG aku dan menggantikan dgn org lain, yg boleh memberikan SERIBU SATU MCM JANJI padanya...

***sama juga halnya kita sekarang nih...SIAPAKAH SEBENARNYA BOS DI DLM SEBUAH NEGARA DEMOKRASI???ADAKAH BOS TDK LAYAK MENEGUR PEKERJANYA???tp peliknya kita ni sekarang, PEKERJA KITA YG LEBIH2 DR BOSNYA. DAHLA KITA BG MAKAN GAJI, KITA PULAK NAK DIPIJAKNYA...inilah yg org kata ' SUSU YG DIBERI, DIBALAS TUBA...'fikir2kanlah...

Jul 18, 2008

SEDikit INfo UTk Di KOngsi - TIduR BAnyak MAti CEpat

  • Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat anda cepat mati. Wah...!
  • Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur 8 jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat.
  • Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur 9 jam sehari.
  • Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai 10 jam sehari, yaitu mencapai 34%.
  • Mengapa tidur lebih dari 8 jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6 @ 5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof. Daniel.
  • Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur 7 jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama 7 jam. Tak ada masalah juga jika tidur kurang dari 7 jam sehari. Misalnya, 6 atau 5 jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesihatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari 5 jam sehari dlm waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.
  • "Kalau selama ini anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama 7 jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan anda.." ujarnya.

erm...patutlah aku selalu sakit2 badan selama nih, pasai banyak sgt tido rupanya. berapa % agaknya nyawa aku dah berkurangan, ish2...habis masa aku asyik terbuang kat tido jek...tp aku nak ingatkan pembaca jgn TIDO TIME MESYUARAT, DLM PARLIMEN N YG PENTING SEKALI TIME NAK AMIK GAMBAU, nanti wat malu jek bila org snap gambau tu siap super impose lak lg....(siapa yg kene ek???)

Jul 17, 2008

KIsaH DOngENG...LemBU HItaM, LEMBu PUTih & SERIgaLA TUa

  • alkisah disebuah kg terdapat seorang petani yg sudah berumur setengah abad yg memiliki 2 ekor lembu iaitu si hitam dan si putih. Dia menggunakan kederat kedua2 ekor lembunya itu utk mengerjakan bendangnya yg luas selain sebagai alat pengangkutan...
  • si petani amat bertuah kerana bendangnya amat subur jika dibandingkan dgn bendang2 jirannya yg lain selain kedudukannya amat strategik, iaitu berhampiran sumber air dan juga menjadi laluan bagi peniaga luar untuk masuk berniaga kedlm kg nya dan kg jiran...ini menyebabkan jiran2 tanahnya berasa iri hati dan sentiasa mencari jln untuk menjatuhkannya...
  • selain itu si petani tersebut juga amat bernasib baik kerana memiliki kedua2 ekor lembu tersebut memandangkan ianya adalah dr baka terbaik dan amat sihat. namun begitu si petani amat menyayangi si hitam kerana sifatnya yg kuat bekerja dan seringkali dibandingkan dgn si putih yg dianggap pemalas, lemah dan lembab. kekuatan si hitam seringkali menjadi bualan ramai, sehinggakan kg2 sebelahpun mengetahuinya.
  • disebabkan si petani menganggap si putih lemah dan lembab bekerja, dia selalu memukul dan mengherdiknya setiap kali ingin menyuruhnya bekerja, dan si hitam amat berbangga bilamana rakannya diperlakukan sedemikian...
  • dlm pada itu, si petani tdk menyedari bahawa setiap mlm lembu2nya itu seringkali diintip oleh seekor serigala tua yg amat mendambakan daging lembu2nya. walaubagaimanapun, si serigala tdk berani utk menyerang lembu2 tersebut secara terang2an, memandangkan lembu tersebut terlalu besar dan kuat baginya...
  • pd suatu hari, akibat tdk tertahan lg dgn cemuhan dan deraan yg diterimanya dr petani, si putih pergi berjumpa si hitam dan merayunya agar tdk bekerja terlalu kuat, lagi pula mereka adalah bersaudara jadi utk apa mereka perlu bersaing???
  • bkn sahaja permintaannya tdk diendahkan bahkan si hitam bekerja dgn lebih kuat dan tekun, menyebabkan si putih makin teruk dibelasah oleh si petani...
  • sehinggalah pada suatu hari, si hitam telah jatuh sakit dan langsung tdk dpt bergerak walaupun telah teruk dilibas oleh si petani. hal ini disedari oleh serigala tua, lantas ia berkata2 dlm hatinya 'inilah masanya yg aku tunggu2 selama ini'...si hitam yg menyedari akan bahaya tersebut, cuba memohon pertolongan dr si putih, namun si putih juga tdk berdaya untuk mempertahankan dr lg, memandangkan dia amat letih kerana terpaksa memikul beban si hitam pula...
  • bertitik tolak dr kejadian itu, nasib si petani semakin berubah, dr seorang yg mewah dan senang kini menjadi miskin dan dia juga kehilangan sedikit demi sedikit tanahnya yg subur dan luas akibat diambil oleh jiran2 tanahnya, lagipun dia tdk lg mempu mengerjakan tanah tersebut memandangkan kedua2 ekor lembu harapannya telah mati dimakan serigala tua...

akhir kata dr aku, diharapkan kita semua dpt mempelajari sesuatu dr kisah ini...agaknya siapakah si petani? siapa pula si lembu hitam dan putih tersebut? dan siapa pula yg memainkan peranan sebagai serigala tua? tanah yg subur itu pula dimana? aku yakin pembaca semua amatlah bijak untuk menilai sendri kisah ini...

Jul 14, 2008

BACk AgaiN...

  • baca tajuk cam best jek kan???tp bukan apa2 pun, takde kene mengene dgn situasi politik sekarang nih...
  • alhamdulillah, setelah hampir seminggu aku bercuti ke kampung wife, bg menjengok 2 org kakak ipar aku yg baru bersalin awal bulan hari tu, ari ni aku kembali bertugas seperti biasa...
  • selama aku di kampung (pantai timur) aku langsung tak mengikuti perkembangan politik tanahair, cuma sesekali menjeling kearah tv melihat berita2 sensasi...
  • memang tak dinafikan bila ada org kata bahawa suasana politik di m'sia ini adalah yg paling aktif @ hangat dalam dunia...sebab bila mana aku berada di kampung, jauh dari hiruk pikuk politik, otak aku berasa tenang dan selesa, tdk berserabut, tdk perlu berfikir akan releven nya sesuatu teori, tdk perlu mencongak akan tindak tanduk politikus yg sememangnya memeningkan (padan muka aku...sapa suruh pikir???)
  • sememangnya aku memerlukan kedamaian, seperti yg pernah aku alami dahulu...hari tampa sekatan polis dijalanan, hari tampa melihat polis bersama rifel di jalanan atau pusat membeli belah @ tempat tumpuan awam, hari tampa amaran terhadap rakyat yg 'ingin' memperjuangkan hak mereka, hari yg aku rasa amat selamat membiarkan anak aku bermain di luar tampa sebarang pengawasan, hari yg aku tak perlu memikirkan bagaimana ingin meneruskan kehidupan pada esok hari...
  • aku pasti ramai diluar sana juga sependapat dgn aku, apa yg kita inginkan ialah kedamaian, ketenangan, kesenangan, kemakmuran...bukan hiruk pikuk politik yang nampaknya tdk ada tanda2 akan surut, tp untuk apa???adakah hanya untuk menunjukkan siapa yg betul? atau siapa yg salah? atau siapa yg mempunyai penyokong yg ramai? atau semata2 untuk kepentingan diri? atau yg lebih malang lg kalau tujuannya utk menunjukkan siapa yg lebih pandai memperbodohkan rakyat jelata....

Jul 8, 2008

PerTANyaan & JAWapan

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB : "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB : "...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12

***maka bertawakallah kita pada Allah, moga di tunjukkan pada kita jalan yg benar...insyaallah

Jul 7, 2008

SeLF APPraiSal

  • aku ade menerima satu e-mail dr seorang kawan dan aku rasa cerita yg disampaikannya amat berguna untuk kita semua renungkan...kisah kegigihan seorang budak...CERITANYA BEGINI...
  • A little boy went into a grocery shop, reached for a soda carton and pulled it over to the telephone. He climbed onto the carton so that he could reach the buttons on the phone and proceeded to punch in seven digits (phone numbers).The shop-owner observed and listened to the conversation...

Boy: "Lady, Can you give me the job of cutting your lawn?

Woman: (at the other end of the phone line): "I already have someone to cut my lawn."

Boy: "Lady, I will cut your lawn for half the price of the person who cuts your lawn now."

Woman: I'm very satisfied with the person who is presently cutting my lawn.

Boy: (with more perseverance) : "Lady, I'll even sweep your curb and your sidewalk, so on Sunday you will have the prettiest lawn in all of Palm beach , Florida

Woman: No, thank you.

With a smile on his face, the little boy replaced the receiver. The shop-owner, who was listening to all this, walked over to the boy.

Shop Owner: "Son... I like your attitude; I like that positive spirit and would like to offer you a job."

Boy: "No thanks,

Store Owner: But you were really pleading for one.

Boy: No Sir, I was just checking my performance at the job I already have. I am the one who is working for that lady, I was talking to!

"This is what is "Self Appraisal"

  • cubalah kita nilaikan diri kita, adakah kita sehebat budak tersebut??? pernahkah kita bertanya pada tuan/bos kita akan performence kita selama kita bekerja untuk mereka???atau adakah mereka ingin menukarkan kepada org yg lebih baik, cuma kita enggan melepaskan tugas tersebut lantaran terlalu asyik dengan pujian2 kosong???oleh pengampu2 yg semestinya mengharapkan sesuatu???

Jul 6, 2008

PoLItik MAKin KOtOr???


  • hampir 2 minggu aku tak berkesempatan untuk menghantar post yg baru, memang telah menjadi kebiasaan aku apabila hampir hujung bulan aku mula sibuk dengan hal2 pejabat, membuat claim dan report2 yg lainnya...(hari2 lain kurang sibuk sket)...
  • jadi banyaklah hal2 n isu semasa yg aku tertinggal, aku cuma dapat membaca sekali imbas tampa dapat mendalami permasaalahan sebenar...
  • pg ini aku terbaca dalam 'Berita Hairan!!' berkenaan kenyataan memanda najib akan hal politik di M'sia sekarang...katanya 'Politik Di Malaysia Makin Kotor'...erm...bagi aku bila dia menyatakan MAKIN kotor ini bermaksa dahulu pun sudah kotor, cuma sekarang ia bertambah kotor, maka ayat MAKIN digunakan...
  • kalau dah tahu kotor mengapa memanda tidak membersihkannya??? mengapa memanda masih mahu terjebak di lembah kekotoran??? tdk takutkah memanda dgn kekotoran yang bakal terpalit di badan memanda kelak???
  • memanda kesal dengan sesetengah rakyat jelata yang sanggup menyalahgunakan akuan bersumpah hanya untuk memfitnah dan menjatuhkan memanda...so...aku nak bertanya pula kepada memanda...adakah terdapat perbezaan diantara sumpah dan janji???
  • dulu waktu aku kecik2, aku amat takut untuk bersumpah, pasai mak aku selalu berpesan, 'jangan main2 dgn sumpah, nanti kene makan sumpah', tp bila tang janji aku selalu gak terlajak...tp lama kelamaan aku mula sedar impak bg kedua2nya sama saja, bila kita langgar sumpah, orang kata kita akan dimakan sumpah, tp bila kita melanggar janji kita pula akan disumpah orang...hah!!! kan ke sama tu...
  • so, apa yg aku cuba nak cakapkan ialah...dimana janji memanda yang harga minyak tdk akan naik pada tahun ini sebelum pilihanraya lepas???, dimana pula janji memanda PM akan membendung harga barangan keperluan ???, dimana janji memanda menteri pelajaran dahulu yang akan memberi pelajaran percuma kepada pelajar sekolah??? dimana n dimana??? kalau aku ingin menulis disini satu persatu maka aku pun tak sanggup membacanya lantaran sakitnya hati ini...
  • maka oleh itu janganlah hanya pandai menilai kesalahan org, sedangkan kita juga sering melakukan hal yg sama, aku rasa telah berbakul sumpah seranah yang telah memanda terima dan mungkin sekarang secara tdk langsung memanda terkene sumpahan mereka...

ps: aku takut dimakan sesumpah...hu hu hu...