Aug 28, 2008
SeLamAt MenYaMbUT HaRI KemERdekAAn...SelAMat BerPuaSa..
Aug 25, 2008
'DitEguR...???'
Aug 22, 2008
BiArkAn DiA...NaK RasA SgT...
Aug 20, 2008
MaLaM JuMaaT...JuMpA MaYat...
Aug 19, 2008
PeNiAga daN KuaSA PeMbeLi...
Jumaat 2 minggu sudah aku tercari2 gerai yg menjual buah2an tempatan sekitar Tambun, Ipoh. Buah yg menjadi target aku ialah buah manggis, memandangkan isteri aku awal2 lg sudah berpesan supaya aku membeli buah tersebut sebelum pulang ke kl. Puas aku melilau mencari di gerai2 buah yg bersepah ditepi jln memandangkan sekarang ni musim buah, namun aku hampa...takde satupun gerai yg menjual buah yg bini aku idamkan, yg banyaknya buah rambutan dan durian...
Esoknya seblm blk aku teringat sebuah gerai yg terletak berhampiran dgn ofis...''mungkin dekat sana ade kot...'' kata hatiku. Sebelum itu, aku awal2 lg tlh menggredkan gerai tersebut 'B' memandangkan gerainya yg tdk berupa gerai. Hanya berbumbung pelastik rentang, beralas tanah.
Abg peniaga tu aku rasakan ank jati Perak, memandangkan slangnya yg pekat...terdapat juga peniaga dr bangsa cina yg meniaga berhampiran dan menjual hampir sama dgn pruduk jualannya, tp aku lihat dia tdk terkesan akn hal tu...setiba aku di gerainya aku mengucapkan syukur alhamdulillah kerana selain buah durian dan rambuatan dia turut menjual buah manggis, jd tak perlulah aku bersusah lg nak mencari ditempat lain yg aku sendiri tdk tahu tempatnya...seblm blk, bni aku sempat SMS meminta aku membeli juga buah durian, lantas aku membalas SMSnya...''nak suruh syg beli kat kl ke, kat ipoh???''...''mane2lah, kan sama aje, durian jugak...'' balasnya ringkas...
Aku lantas memilih 3 biji durian yg aku minta abg peniaga tersebut tebukkan kulit utk aku lihat isi dlmnya...setelah berpuas hati, aku membayar semuanya dgn jumlah RM 19.00. RM 5.00 utk 2kg manggis dan selebihnya harga utk 3 biji durian. Dlm perjalanan pulang aku berkira2 ingin singgah di Tanjung Malim mencari durian lg, memandangkan minggu sebelumnya aku terlihat ade gerai menjual durian di tepi jln tdk jauh dr UPSI. Dlm pd itu aku terfikir sejenak, alangkah bernasib baiknya aku kerana tdk mengikut perasangka awal utk tdk ke gerai abg tu, lg pulak aku rasakan harga duriannya juga agak mahal jika dibandingkan dgn harga di Tanjung Malim yg sekitar RM 2 ke 3 sebiji , tetapi apa akn berlaku jika aku tdk membeli di gerai abg td dan bilamana aku ke Tanjung Malim, disana juga telah habis duriannya? Memandangkan aku tdk boleh mengetahui masa depan adalah lebih selamat utk aku berbelanja sedikit di Ipoh sebagai back up plan...(lg plk harga durian di Ipoh memang sekitar tu...)
Aku juga berfikir adalah bodoh sgt jika abg peniaga tu ingin menipu aku dgn menjual brg dgn harga mahal namun kualitinya rendah, kerana sudah pasti dilain masa, aku akn mempengaruhi org lain utk tdk membeli di gerainya, dan lama kelamaan perniagaannya pasti akn lingkup. Namun bila kau pulang dan menikmati durian dan manggis yg aku beli bersama keluarga, isinya tetap sama walaupun agak berbeza rasanya (tdk fresh, mungkin dah semalaman jika dibandingkan durian di Tanjung Malim) tp hakikatnya abg itu berjaya memenuhi impian kami sekeluarga. Kepelbagaian buah tempatan yg ada digerai abg tu bkn sahaja memenuhi selera aku tp juga selera bangsa2 lain yg aku lihat juga tercari2 kelainan berbanding gerai2 lain yg sediaada.
Taksalah aku mencuba dan ianya terbukti berbaloi, kalau isteri aku masih lg merungut, lain kali aku akn mencari dipasaraya pula, di sana lg bermacam jenis buah aku boleh beli....Jadi sekiranya gerai2 lain inginkan pembeli yg cerewet seperti aku bertandang di gerai mereka, maka sewajibnya mereka juga mempelbagaikan produk jualan, jgn hanya sekadar menjual rambutan tetapi bercita2 menarik pencinta durian dan manggis...kalau aku, gerai seperti itu, aku hanya pandang dr dlm kereta sambil memecut gear 10.....
Aug 14, 2008
KIsAh SeRaM DiKaLa KelAmmmm.....
Aku kalau boleh tak mahu mendedahkan kisah ini utk tatapan umum, namun disebabkan moral dan teladan dr kejadian tersebut yg boleh dijadikan ikhtibar oleh semua, maka aku teruskan jua niat aku...kisah ini berlaku 3 tahun sudah....
**************************************************************************
Waktu tu aku baru nak blik dr berjoging tdk jauh dr 'banglo' lama abah, hari dah merangkak senja. Memang dah menjadi kebiasaan aku berjoging disana walaupun tdk lg tinggal di 'banglo' tersebut. Aku akn 'parking' kereta disana dan berjoging hingga ke tmn permainan yg terletak 3 kilo dr 'banglo' tersebut.