Sep 22, 2010

SuAra GanjIL Di BuKiT MaS....bhg 1

Tik…tik…tik…jam usang di dinding berdetik perlahan…jam dinding bulat, buatan jepun, dah bertahun tergantung di ruang tamu, berabuk dan kusam, kotoran yg melekap pd bingkai hampir sebati dgn warnanya…jarum jam hampir melompat ke angka dua belas.…Bahang matahari mula terasa, ditambah pula dgn kepingan atap zink beralun, membuatkan aku tdk dapat meneruskan tidur. Aku menolak selimut ketepi…berat…kepala masih lg terasa pening…sengal2 badan masih belum hilang, sehari suntuk aku terlantar…demam panas melampau…muntah2 smpai tiada isi dalam perut,semuanya habis diterjah keluar.

Bunyi simbahan air melegakan hati aku…sekurang2nya aku tak ditinggalkan sendirian…bang tam kut…hati ku cuba mengagak siapa yg tgh mandi. Seingat aku mak dan kakak2 yg lain semua dah pulang ke kampung…persiapan utk pernikahan kakak no 2…yang tinggal hanya abah dan bangtam. Abah..pg2 lg rasanya dah keluar ketempat kerja…

‘’Bang tam!!!’’…aku cuba memanggil…suara seakan2 tersekat di kerongkong…pedih…terlalu kering…

‘’BANG TAM!!!’’ aku meninggikan sedikit suara…bunyi cedokan air berhenti…digantikan dgn bunyi tapak kaki silih ganti dgn laungan dari bangtam….

‘’Apenya??? Ko nak makan???’’ dgn rambut berbaki buih sabun dia bertanya sepontan…

‘’Tak ahhh…tlg amik air boleh??? Tak larat nak bangun la…haus sgt…’’

‘’jap…’’ dia mencapai gelas atas meja, jag berisi air masak dituang separuh gelas…

‘’bismillah….’’ Mulut bangtam berkumat kamit membaca sesuatu, dihembusnya perlahan ke muka gelas…

‘’nah…’’ dia menghulurkan gelas…

‘’baca bismillah, selawat 3 kali dulu baru minum’’ dia menegah bila melihat aku ingin terus menogak air tersebut…

‘’kepala aku sakit lg la…’’ kataku sambil meletak gelas kosong di kaki meja bersebelahan, badan aku sandarkan kedinding

‘’biasa la tu…demam’’ jawab bang tam acuh tak acuh…

‘’em…tp aku nampak yg bukan2…ko tgk bukit depan tu…aku tgk macam ais krim besar…macam ais krim conetto tu…ko tau tak…rasa cam nak himpap rumah ni je…’’ aku menerangkan apa yg aku nampak pd bangtam…

‘’ko nih nak makan ais krim ke hape???’’ dr gayanya memang tak percaya langsung ape yg aku cakap…

“Tak ah…’’ jawab aku ringkas, badan aku rebahkan ke tilam semula

Bangtam beredar kedapur…entah apa yg dibuatnya…aku kembali terlena…

Zupppp!!! Aku bingkas bangun, entah bila masanya aku berdiri pun aku tak tahu…kain pelikat yg longgar aku gulung keatas…paras betis, selimut aku angkat…kaki mula melangkah…capal getah milik abah aku sarung dgn pantas…

‘’lari mannnnn…..lariiiii’….

Entah dari mana datangnya suara tersebut…mengiang2 di telinga…aku seolah2 terpukau mengikut sahaja suruhannya…. Aku berlari pantas…

8 comments:

Rahimin Idris said...

amboih, lama menghilang...

dzul said...

boleh bawa mudarat dengar suara-suara mcm ni

Don Balon said...

selamat kembali rodonc.. update2 la sokmo weh..

Don Balon said...

hilang semula doh rodonc koi soranc ni..
karanc koi cari sampei ke rembau karanc hehe

aku ... said...

apa kabar man. lama benor x nyinggah.

aku ... said...

apa kabar man. lama benor x nyinggah.

aku ... said...

apa kabor man. lama tak singgah sini.

[S]itie [B]Um [B]Um said...

sambung2..